Header Ads

Tips Mudah Bersihkan Oven Untuk Kelihatan Berkilat Dan Baru





Setelah menggunakan oven untuk menyediakan hidangan makanan untuk keluarga, kebiasaannya kita menjadi malas untuk membersihkannya. Kita selalu menganggap oven adalah perkakas dapur yang mudah dibersihkan, tetapi jika dibiarkan terlalu lama sisa kotoran bahan makanan akan membuat oven anda menjadi berkarat.

Membersihkan sisa kotoran makanan di oven memerlukan masa yang cukup lama. Apatah lagi terdapat sisa-sisa kotor di sudut-sudut kecil dalam oven yang sukar hilang. Namun jangan risau, ada cara mudah untuk membersihkan oven dengan mengggunakan bahan-bahan yang ada di dapur anda. Berikut kami kongsikan dengan anda tips untuk membersihkan oven anda dari sisa-sisa kotoran bahan makanan.

Bahan diperlukan:

● Air
● Botol Spray
● Baking Soda
● Kain Buruk
● Cuka
● Mangkuk kecik

Caranya:

1. Keluarkan semua perkakasan dalam oven

2. Campurkan 2 sudu teh baking soda dengan air dalam mangkuk tadi. Tujuan untuk jadikan campuran tu kepada pes supaya mudah disapukan pada permukaan kotor.

3. Sapukan pes tadi pada permukaan kotor dalam oven, baking soda tu akan bertukar jadi warna perang.

4. Biarkan 12 jam untuk bagi dia jadi magik heheh ini serius tau.

5. Cukup 12 jam, ambik kain buruk, lap sebanyak mungkin baking soda tu.

6. Letakkan cuka dalam botol spray dan sembur permukaan yang masih ada saki baki baking soda tu.

7. Kemudian lap dengan kain buruk.

8. Letak kain buruk tadi dalam oven.

9. On oven dengan temperature rendah lebih kurang 10-15 minit dan biar ia kering.

Permukaan kaca (pintu) oven:

1. Ulang langkah 1 tadi.

2. Sapu pes tu pada kaca pintu oven tu.

3. Biar 30 minit.

4. Guna kain buruk untuk lap.

Dah siapnya, hasilnya anda dapat macam dalam gambar. Kalau nak lagi bersih, belilah oven baru yang semestinya nampak bersih...

Selamat mencuba!

Kredit: FB Ryuji Asada




Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.