Header Ads

Ubat Batuk Tradisional Paling Mujarab. Khasiat Bawang Putih Bakar. Pernah Makan?





Memang menyeksakan kalau kena batuk nie. Lebih-lebih lagi batuk berkahak. Mulalah asyik nak buang kahak je. Yang lemahnya pernafasan kita turut terganggu. Dah tercungap-cungap berjalan. Memang cepat letih. Inilah dugaan yang paling mencabar apabila kena batuk kahak.

Saya sendiri sering diserang batuk kahak. Semenjak kecil lagi. Biasanya seminggu lebih baru baik. Pastu bermacam-macam warna kahak akan keluar. Terus terang, setahun sekali atau dua kali, saya pasti akan kena. Sehingga saya dah masak dengan tanda-tandanya. Masa sekolah dulu, macam-macam ubat batuk kahak yang emak ayah bagi. Seminggu lebih jugak baru baik. Sama je.

Dan semasa saya menyiapkan pakej roti canai, tanda batuk kahak datang lagi. Saya dah risau. Macam mana nak siapkan pakej ini dengan suara yang garau nanti. Pada mulanya kena demam. Alhamdulillah selepas saya buat picitan kaki dibahagian ginjal dan salur kencing, esoknya berkurangan. Tapi kalau kena batuk kahak, so far saya belum jumpa lagi ubat batuk kahak yang mujarab. Sehinggalah emak saya bercerita. Syukran.. syukran…. Dapat lagi petua dari orang tua.  😀

Emak saya bercerita, kawannya yang berumur lebih 65 tahun masih sihat walafiat. Kawan dia ni suka sangat makan bawang putih bakar. Kira makanan favorite dia la. Pelik kan. he.he.he. Kalau mak dia beli bawang putih. Habis dibakar dan dimakannya. Orang dulu masak guna dapur arang. So kawan mak saya letak bawang putih kat dalam abu arang dengan kulit-kulit sekali. Selepas masak barulah dia kupas kulitnya dan ngap. Dah macam makan french fries daaa..

Pastu mak saya pula mencubanya. Alhamdulillah, masalah dada yang mak saya alami dah banyak berkurangan. Bila saya dengar, wah… mesti cuba nie. Kebetulan saya baru nak kena batuk. Dua hari saya makan bawang putih bakar pada waktu malam. Dalam dua ulas. Alhamdulillah batuk saya hilang. Saya betul-betul bersyukur lah. Kalau tak memang tak boleh siapkan pakej roti canai on time.

Lepas ini, kalau saya kena lagi tanda-tanda batuk kahak, kena la cepat-cepat makan bawang putih bakar. Harap-harap ubat batuk tradisional ini masih mujarab. Caranya bakar dengan kulit sekali dan sehingga benar-benar masak. Kalau tidak benar-benar masak, rasanya memang tidak boleh nak dikunyah. Kena betul-betul masak dibakar. Barulah bawang putihnya ranggup dan boleh dikunyah. Tapi tak de lah sedap macam coklat homemade. :P.

Untuk lebih teperinci, ambil seulas bawang putih dengan kulitnya. Cucuk dengan garfu dan bakar terus ke atas api. Bakar dalam 2 minit. Kemudian kupas kulitnya dan basuh sedikit dan boleh dimakan bawang putihnya. Kalau dah masak betul, rasanya tiada lagi rasa pedas-pedas. Tapi emak saya lebih suka bakar sebiji labu besar bawang putih dengan penyepit. Untuk lebih mudah, bakar dengan oven dalam 20 minit pada suhu 180 darjah.

Berkenaan dengan bawang putih, terdapat dua khasiat penting didalamnya. Pertama antibodi semulajadi yang paling bagus. Dan yang kedua antioksidan yang paling bagus. Antioksidan ini bermaksud ia membantu mencegah kerosakkan sel di dalam tubuh. Jika sel di dalam tubuh kita sihat dan kuat, kita akan kelihatan muda dan organ dalam tubuh kita lebih kuat. Seterusnya mengelak dari pelbagai jenis penyakit. Memang besar khasiat bawang putih ini.

Kredit: http://hairul.com



loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.