Header Ads

4 Petua Rawat Bisul Dengan Berkesan. Anda Mesti Cuba Ini & Lihat Sendiri Hasilnya Yang Menakjubkan



Bisul selalunya terjadi apabila saluran di mana rambut tumbuh dijangkiti bakteria stafilokokus aureus. Bisul boleh timbul di mana-mana bahagian tubuh tetapi kerap muncul di muka, leher, ketiak, punggung atau paha – kawasan tubuh yang mempunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel. 

Bisul tahap 'Dewa' boleh menyebabkan demam panas dan juga tidak boleh berjalan.

Untuk mengubatinya bolehlah cuba mana-mana petua di bawah: 

1. Kapas dan cuka
Ambil segumpal kapas dan celupkan seketika ke dalam cuka makan sehingga meresap. Sapu sekeliling bisul tersebut setiap malam. Lakukan sehingga sembuh.

2. Bawang putih
Tumbuk beberapa ulas bawang putih hingga hancur. Tepek pada bisul dan balut dengan kain supaya tidak jatuh. Biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga bisul hilang.

3. Beras dan kunyit hidup
Rendam segenggam beras bersama beberapa ketul kunyit hidup di dalam air selama sejam. Toskan air dan tumbuk beras dan kunyit hingga lumat. Tepek pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.

4. Daun sirih
Kunyah daun sirih dan tepekkan pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.

Selamat mencuba.



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.