Header Ads

Air Halia Panas Banyak Khasiatnya Terutama Untuk Wanita. Baca Sebabnya Di Sini. Anda Pasti Terkejut



Kadangkala petua yang diberikan oleh orang tua ini ada baiknya juga. Dengan menggunakan barangan dapur di rumah yang lebih menjimatkan terutama bahan untuk masakan ternyata menjimatkan dan mempunyai khasiat yang tersendiri. Sebagai contoh, halia yang mana sering menjadi bahan utama di dalam masakan. Banyak kelebihan rupanya dengan halia ini. Antaranya dengan mengamalkan minuman air halia panas terutamanya untuk wanit. Nak tahu apa kelebihannya baca kat bawah ini:

1. Melancarkan pencernaan

Untuk mereka yang sering mengalami masalah perut kembung, cirit birit atau sering kram perut terutamanya ketika sedang datang bulan. Boleh amalkan minum air halia panas sebab ianya dapat meredakan dan merehatkan usus.

2. Menurunkan berat badan

Bagi yang ingin menurunkan berat badan ketahuilah bahawa halia ini mampu meningkatkan metabolisme tubuh badan anda. Dengan minum air halia juga dapat mengurangkan nafsu makan terutama untuk anda yang sedang berdiet. Dimana ianya juga membuatkan perut tahan kenyang lebih lam. Wah best ni!

3. Imun tubuh badan menjadi kuat

Untuk makluman, kandungan dalam halia dapat membersihkan limpa, mengeluarkan racun, dan juga membunuh bakteria yang sering menjadi punca penyakit.

4. Membantu menghilangkan loya ketika hamil

Bagi yang sedang hamil ketika ini boleh juga mengamalkan untuk minum air halia panas terutama menghilangkan sakit loya dan juga muntah. Bila minum, otot-otot akan menajdi relaks dan menghilangkan rasa mual.

Apa pun jika ada diantara anda yang alah kepad ahali, janganlah mengamalkannya dan rujuklah kepada yang lebih pakar.



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.