Header Ads

Akibat Kurang Peruntukan Dari Kerajaan, DBKL Kini Terdesak & Mempertingkatkan Lagi Kutipan Cukai..



Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohamad Amin Nordin Abd Aziz berkata, DBKL kini terpaksa mengambil langkah drastik dengan mempertingkatkan lagi kutipan cukai di sekitar ibu negara.

Mohamad Amin berkata, langkah tersebut terpaksa diambil bagi menampung kekurangan peruntukan kerajaan Persekutuan di samping mencari punca pendapatan baru.

"Peruntukan oleh kerajaan Persekutuan yang disalurkan kepada DBKL sejak lima tahun terakhir ini telah menurun dengan mendadak.

"Dengan itu, DBKL tidak lagi dapat bergantung kepada kerajaan Persekutuan dalam projek-projek yang dilaksanakan dan terpaksa bergantung kepada sumber pendapatan sendiri.

"DBKL perlu mempergiatkan lagi usaha pengutipan cukai pintu, sewaan, caj pembangunan dan di samping itu mencari punca hasil baru bagi menambah pendapatan bagi menampung kekurangan peruntukan daripada kerajaan," kata Mohamad Amin.

Kata beliau, kebiasaannya DBKL mendapat lebih setengah bilion ringgit namun berbeza kali ini.

"Selalu DBKL dapat sekurang-kurangnya setengah bilion, sekarang RM20 juta ke RM40 juta sahaja. Kurang banyaklah.
"Kos penyelenggaran semua kita kena tanggung sebab peruntukan yang diberikan tidak cukup tapi bukan sahaja DBKL, kementerian lain juga berkemungkinan mengalami nasib yang sama dan begitu juga dengan kerajaan negeri," katanya lagi.

Bagaimanapun, beliau menambah, usaha menangani masalah utama warga kota khususnya pemilikan rumah di Kuala Lumpur dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan akan tetap diteruskan.

Jelas Mohamad Amin, sebanyak 94 projek rumah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan 57,217 isi rumah akan disediakan dan kementerian menyasarkan 25,000 unit akan disiapkan pada 2018. - Malaysiakini


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.