Hanya Minum Air Timun Sebelum Tidur, Perut Kempis Jadi Milik Anda!


Rungutan biasa yang sering disuarakan oleh semua wanita di seluruh dunia adalah masalah perut buncit! Setuju tak?

Ia bertambah kronik apabila wanita baru melahirkan anak. Proses kehamilan yang menyebabkan pengembangan anggota badan terutama perut dan pertambahan timbunan lemak membuatkan masalah yang sedia ada bertambah teruk.

Sukarnya hendak mendapat perut kempis. Bukan nak kempis bak model catwalk tetapi cukuplah tidak ditegur mengandung tiga bulan!

Lemak perut dikatakan lemak paling teruk dalam badan dan ia adalah punca pelbagai masalah kesihatan, seperti penyakit kardiovaskular, hipertensi, diabetes type 2, masalah tidur dan bermacam lagi.

Kepada mereka yang tidak mempunyai masa untuk membuat senaman rutin membakar lemak di bahagian perut, boleh amalkan minuman detoks timun yang menjadi penyelesai paling sempurna.

Ini kebaikan minuman detoks timun sebagai penyelesai masalah perut buncit.

1. Minuman ini merangsang penyahtoksikan dan penyingkiran toksik dan lebihan hasil buangan dari badan dan membenarkan penyerapan zat makanan yang betul dari makanan.

2. Ia juga melindungi badan daripada kesan buruk radikal bebas dan lain-lain sebatian toksik yang boleh merosakkan kesihatan anda.

3. Minuman ini mempecepatkan proses pembakaran lemak di kawasan perut dan membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat.

Bahan-bahan:
  • 1/2 biji lemon
  • 1 biji timun
  • Segenggam daun parsley
  • 1 sudu kecil halia diparut
  • 1/3 air masak

Cara menyediakan dan meminum:

Campur semua bahan-bahan dalam pengisar jus dan kisarkan. Minum setiap malam sebelum tidur. Hasilnya sangat menakjubkan. Cubalah!

0 comment... add one now