Header Ads

Ibu Parah, Anak Baling Kuali Ketika Ibunya Sedang Makan



Hanya kerana tidak diberi duit, seorang anak sanggup menyiksa dan mencederakan ibu kandungnya yang berusia 55 tahun.

Tidak cukup dengan itu, anak lelaki yang berusia 30 tahun itu juga membaling kulai besi ke arah ibunya yang sedang makan hingga mengakibatkan mangsa cedera dikepala dan pengsan.

Pihak polis berjaya menahan dirumahnya di Dusun Martubung Medan Melayu Deli.

Bapa suspek berkata, isterinya tidak memberikan duit yang di minta anaknya itu kerana mereka mengetahui duit itu akan digunakan untuk membeli dadah jenis ganja.

Ibunya tidak mahu memberi duit, suspek terus membaling kuali yang berisi lauk itu ke arah ibunya yang sedang makan hingga terjatuh dan pengsan.
Melihat kejadian itu bapa mangsa kemudian memarahi anak yang putus tangan sebelah kiri akibat ditetak setahun lalu kerana mencuri, akan tetapi suspek menentang dan mengajak bapanya yang usia lanjut untuk bergaduh secara jantan.

Pergaduhan antara anak dan bapa pun tercetus hingga warga sekitar meleraikannya sebelum dilaporkan kepada pihak polis di Balai Polis Melayu Deli.

Adik kandung suspek yang berusia 16 tahun baru balik dari sekolah  terus kebalai sebaik saja kejadian itu dimaklumkan jirannya.

Dalam kejadian itu, pergaduhan adik-beradik berlaku di dalam rumah, empat beradik membelasah abangnya hingga terpaksa dikejarkan ke hospital kerana patah kaki kanan dan hilang 3 gigi selain kecederaan di bahagian muka.

Pihak Polis Medan Melayu Deli Labuhan Batu Ismail berkata pihaknya terpaksa menahan reman adik suspek kerana di kuatiri akan melakukan sesuatu di luar jangkaan memandangkan dia adalah jaguh silat antara sekolah yang cukup dikenali.

“Pihak kami khawatir adik suspek menyimpan dendam lama kerana diketahui suspek sebelum ini kerap mendera ibu kandungnya jika kemahuannya tidak di turuti, Bagaimana pun barang bukti berupa kuali, sudah kita simpan,katanya.



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.