Header Ads

KAJIAN: Lelaki Botak Lebih Seksi, Maskulin & Kuat! SETUJU?




Jika anda dikalangan lelaki yang mempunyai masalah keguguran rambut, jangan bimbang.

Menurut kajian, wanita berpendapat lelaki botak lebih seksi dan nampak lebih maskulin.

Bukan rekaan semata-mata, beberapa kajian juga mendedahkan lelaki botak lebih menarik dari mereka yang berambut lebat!

1. Wanita tidak kisah dengan lelaki botak

Menurut WebMD, 80 peratus lelaki akan mengalami masalah keguguran rambut. Mungkin mereka akan malu dengan masalah tersebut, namun kajian menunjukkan wanita sebenarnya tidak kisah dengan lelaki botak.

2. Anda tak percaya? Kajian sudah membuktikan!

Mesti ramai yang tidak percaya. Kajian diterbitkan di dalam jurnal Social Psychological and Personality Science mendedahkan, wanita lebih tertarik dengan lelaki botak.

3. Wanita menganggap lelaki botak jauh lebih menarik

Menurut laporan ABC News, kajian turut dilakukan ke atas 60 wanita dan mereka diberikan gambar serta perlu mengukur tahap menarik seseorang lelaki itu.

4. Wanita menganggap lelaki botak lebih kuat

Menurut laporan ABC News, wanita mengganggap lelako botak lebih maskulin dan selalunya mereka bekerja sebagai polis, bomba atau kerja-kerja yang menunjukkan ‘kelakian’ seseorang.

5. Lelaki botak dianggap tinggi keyakinan diri

Ia memerlukan keyakinan diri yang tinggi untuk berdiri di khalayak ramai dengan rambut botak. Jadi, lelaki botak mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Sumber: hanasuva


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.