Header Ads

Lelaki Cuba Bunuh Diri Terjun Jambatan Pulau Pinang Berjaya Diselamatkan Nelayan..


Dua nelayan yang berjaya menyelamatkan lelaki terjun dari Jambatan Pulau Pinang, hari ini
Georgetown: Seorang lelaki berjaya diselamatkan dua nelayan selepas dia terjun di Kilometer 3.4 Jambatan Pulau Pinang menghala Georgetown, hari ini, dipercayai cuba membunuh diri.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa berusia 43 tahju dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, hasil siasatan mendapati mangsa mengalami tekanan perasaan disebabkan masalah kewangan.

Menurutnya, abang ipar mangsa mendakwa lelaki itu yang bekerja di sebuah kilang, mengalami masalah kemurungan sejak hampir tiga tahun lalu.

"Mangsa bernasib baik kerana diselamatkan dua nelayan yang kebetulan berada berhampiran lokasi dia terjun.

"Keadaannya kini dilaporkan stabil namun masih dirawat di hospital," katanya. -myMetro



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.