Nelayan Jadi Jutawan Disebabkan Muntah Ikan Paus Yang Bernilai RM 11 Juta


Muntah seekor ikan paus menjadikan nelayan dari Oman ini seorang jutawan selepas dia menaikkan longgokan besar muntah ikan paus ketika pergi menangkap ikan di sebuah pesisir pantai di negara itu. Muntah ikan paus adalah seperi lilin yang dipanggil 'emas terapung'.

Apa yang menjadikan nelayan ini jutawan kerana nilai muntah tersebut sangatlah mahal kerana ia menjadi buruan syarikat pengeluar minyak wangi yang menjadikan ia bahan untuk minyak wangi kekal lama. 

Khalid Al Sinani yang menemui longgokkan tersebut seberat 60 kilogram dan harganya boleh mencecah RM 11 juta!

“Saya dalam pelayaran pulang apabila terhidu bau sangat busuk tidak jauh dari bot saya. Apabila memeriksanya, saya nampak selonggok besar bahan terapung di air. Saya menggunakan tali untuk menariknya. Beratnya lebih 60 kilogram sedangkan bot saya hanya enam meter panjang.”

“Impian saya menjadi kenyataan. Saya menanti saat ini sejak 20 tahun lalu apabila mula menjadi nelayan bersama bapa.” katanya yang ingin berhenti menjadi nelayan. 

Fakta: Ambergis atau muntah ikan paus terbentuk di dalam usus sperma ikan paus bagi melindungi sistem penghadamannya daripada objek tajam seperti muncung sotong yang ditelannya. 

loading...

Loading...

0 comment... add one now