Header Ads

Palestin Bantu Padamkan Kebakaran Di Israel, Tapi 10 Warga Palestin Ditangkap Sebagai Suspek Yang Menyebabkan Kebakaran.



Ketika Israel bertarung dengan kebakaran, pihak lawan sedang bersorak dengan kehancuran tersebut. Kebakaran tersebut telah merebak dengan cepat sehingga ke Haifa, bandar ketiga terbesar di negara itu.

Api tersebut dipercayai sengaja dirancang, dan telah meliputi kawasan besar di bahagian tengah dan utara negara tersebut, sehingga menyebabkan hampir 80,000 orang lari meninggalkan rumah mereka.

Pelbagai hashtag termasuk "Tel_Aviv_IsBurning" dan "Israel_IsBurning" tersebar di media sosial sepanjang kejadian tersebut.


Empat warganegara Palestin dari pasukan kebakaran telah menyertai usaha memadamkan kebakaran di Israel.

Ketua Polis Israel telah mengatakan kejadian kebakaran tersebut atas dasar serangan yang sengaja dilakukan untuk membakar rumah dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, mengatakan serangan sebegitu dianggap sebagai keganasan.

Sepuluh orang warganegara Palestin telah ditangkap sebagai suspek berikutan kebakaran tersebut


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.