Header Ads

Pemandu Tak Sedar Mangsa Berada Di Depan, Anggota JPJ Maut Digilis Treler Ketika Sedang Lakukan Pemeriksaan



Seorang anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilaporkan maut selepas digilis oleh sebuah treiler berhampiran tol Setia Alam kira-kira ham 1 tengah hari tadi, lapor Utusan Malaysia.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Ridzuan Bin Md Yusof, 34, dilaporkan telah meninggal serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.




Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisisoner Shafien Mamat berkata, hasil siasatan pihak polis mendapati ketika kejadian mangsa sedang memeriksa sebuah lori kontena yang berada di hadapan treler berkenaan.

"Mengikut maklumat, pemandu treler berkenaan berhenti seketika di bahu jalan kerana hendak menelefon seseorang.

"Pemandu treler berusia 68 tahun itu kemudiannya meneruskan perjalanan dan dipercayai tidak menyedari mangsa berada di hadapan kenderaannya sebelum melanggar dan menggilisnya," katanya dipetik laporan Harian Metro.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,"



Sumber: Siakap Keli


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.