Header Ads

Pemilik Sebuah Kelab Malam Terkejut Setelah Melihat Rakaman CCTV




Pemilik sebuah pub terkejut apabila kamera litar tertutup (CCTV) di premis miliknya itu merakamkan imej lembaga putih yang secara tiba-tiba muncul dari permaidani, demikian lapor laman mirror.co.uk.

David Langley Evans, 49, menyedari kewujudan rakaman imej berkenaan selepas dia memeriksa rakaman CCTV premisnya yang dikenali sebagai ‘pub berhantu’.

Menerusi rakaman tersebut, kelihatan satu imej berwarna putih secara tiba-tiba muncul dari permaidani dan kemudiannya perlahan-lahan memanjat dindang menuju ke bahagian siling.

Menurut David: “Saya sudah melihatnya sebelum ini dengan mata saya sendiri…namun kini saya mempunyai bukti mengenainya.  Sejak lebih sepuluh tahun saya berada di pub ini…saya sudah lihat semua jenis kejadian berhantu di sini.”

Tambah David, dia berharap kumpulan pakar paranormal boleh menjelaskan mengenai kejadian aneh tersebut.




Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.