Header Ads

‘Siapa Kata RM2000 Tidak Cukup Untuk Belanja Kahwin?’ Mohon Terasa



Apa yang susah-susah pikir pasal majlis kahwin.. Pelamin cantik? Baju liplap2? Kek 80 tingkat? TAK Perlu semua tu..

Masa sy nikah dengan isteri saya Sufia Nadia.. Duit poket ada RM500, Akak sy Nor Hamizah bg sy RM500, Kawan isteri hadiahkan RM500, Sy pinjam duit kat kawan saya RM500. Total RM2000.

Sebelum kahwin, sy kata kat isteri sy,”Kita nak kawin dengan harga rm2000, boleh je..tp syaratnya kena tutup telinga..mak sedara ngumpat ke, family tak faham ke..pedulikan semua tu..kita nak buat benda baik..”..

Isteri saya follow je..

Cincin kahwin dan hantaran-hantaran , semua abg dan akak ipar sy Suhana Mohamed Hassan sedekahkan kepada saya tp dengan syarat kata dia, “ko beli cincin tunang yg murah satu.bru abg belanja hantaran.” Hehe..moga Allah limpahkan rezeki melimpah ruah kpd org yg meringankan beban sy dan isteri..

Kasut, beg, telekung solat yg berpatutan harganya Itu sahaja.

Baju? Sy belikan bju nikah isteri sy rm70 dan dia jahit sulamnya sendiri, tudung rm30 beli kt member sy jugak. Baju saya pulak, jubah,kopiah dan serban yang saya selalu bawa pergi solat dan talaqqi..

Makan2 semua family isteri uruskan menggunakan duit RM2000 tu, mereka beli daging kawah.. Pd sy, dging packet pun dah cukup..tp xpelah..nak raikan org ramai..sy iyekan saje..jadi RM1500 jamu orang mkan, selebihnya keperluan lain.

Malam Maulidurrasul, 12 rabiulawal 1437H pada khamis malam jumaat kami bertunang..sy imamkan solat hajat dan doa..selesai majlis bertunang, abang saya tutupkan dengan doa juga..

Esoknya 13 rabiulawal 1437H kami Nikah. Jamu org mkan apa adanya dan habis majlis…alhamdulillah, makanan lebih cukup2 untuk kami makan malam bersama keluarga. Memang sebelum kahwin, antara amaran sy kepada isteri sy,”JANGAN ADA MAKANAN YANG LEBIH TERLALU BANYAK.”

Laaaaa MUDAHNYA NIKAH rupanya… Saya pelik..apa yang hangpa payah sangat nak MENIKAH? nak jd raja sehari di dunia sementara ni pasai apa? Niat nak kawin pun tak betul dah.

Saya kawin, total RM2000. Doa, hati ikhlas nak kawin niat kerana Allah.. Allah hantar bantuan melalui org lain untk lengkapkan majlis sy.. ALHAMDULILLAH.. Tiba-tiba ada org bg pinjam khemah, bunga2 hiasan dan sebagainya.

Lepas kahwin, yang mengumpat bini sy tu..pakat datang jumpa mintak maaf kt bini sy..kami maafkan dengan hati yang terbuka..

Kahwinlah, Mudahkanlah..jangan dipayahkan..Sekarang tak usah kata mat rempit nak kawin mahal2.. Budak belajaq agama pakai purdah, pakai jubah, pakai mcm2 lah yg islamik..SIBUK nak kahwin MACAM ARTIS..hukum hakam diketepikan, majlis yg baik menjadi HARAM kerana junjung adat yg melampau..pembaziran berlaku..makanan jadi BASI..kalau kucing makan pun boleh keracunan.. Allah….ubahlah.. Jangan ikutkan hawa nafsu.. Tp ikut lah apa yang islam ajar..

Sekarang, nikmat rezeki lepas kahwin..sy rasai dengan tenang.. Alhamdulillah, setakat ni sy dan isteri tak pernah lapar..rumah, kereta dan yuran belajar sy masih mampu dibayar.. Moga-moga rezeki kami bertambah.. Amin..

Kahwin dengan kos RM2000 tanpa letak hantaran..Nikmat yang tak semua org dpt rasa..

Tak percaya?? Cer cuba try test!!

Sumber : Sobri Nadzari


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.