Header Ads

Sup Antibiotik Ganti Ubat Untuk Anak Demam & Selesema. Mesti Cuba!



Bila anak tak sihat, mama pun susah hati. Biasanya bila si kecil demam, mereka akan kerap meragam dan hilang selera makan. Itu lagi membuatkan ibu susah hati. Bila tak mahu makan macam mana hendak cepat sembuh. Badan yang tidak sihat perlukan pelbagai nutrisi untuk mengembalikan semula kehilangan tenaga.

Doktor selalu berpesan kalau anak demam sentiasa pastikan mereka cukup cecair dalam badan untuk mengelakkan daripada berlaku dehidrasi. Memang sukar hendak memujuk si kecil makan dan minum semasa mereka demam, apatah lagi kalau pakej sekali dengan batuk dan selesema.

Kanak-kanak yang tidak sihat selalunya hanya boleh menerima makanan yang mudah ditelan seperti sup. Sup dapat mengembalikan kesegaran badan yang lesu. Apa kata mama masakkan sup yang turut mengandungi bahan-bahan semula jadi seperti bawang putih yang terkenal sebagai bahan merawat pelbagai penyakit.

Sup Antibiotik Si Manja

Bahan-bahan

5 biji buah pelaga
5-7 biji bunga cengkih
4 ulas bawang putih | dihiris halus
1 biji bawang besar | dihiris halus
3 biji lada hitam
3 cawan air
1 batang lobak merah | dipotong bulat
Sedikit ikan bilis yang ditumbuk

Cara memasak:

1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan semua rempah.

2. Apabila sudah naik bau, masukkan semua bahan lain dan biarkan mendidih.
  • Untuk sumber karbohidrat, anda boleh masukkan mihun atau makaroni.
  • Ikan bilis boleh digantikan dengan ayam.
  • Sebaiknya, tumis bahan dengan minyak zaitun.
  • Masukkan sedikit daun sup untuk sup lebih harum.


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.