Header Ads

Wajib Cuba! Cara Mengecilkan Punggung Dengan Mudah & Berkesan



Cara Mengecilkan Punggung. Tidak selesa dengan bentuk punggung anda yang besar? Ketahui cara mengecilkan punggung dengan cepat ini.

Memiliki tubuh langsing dan ideal tentunya menjadi idaman bagi setiap orang.  Apatah lagi, bagi kaum wanita yang umumnya sentiasa ingin nampak langsing dan menawan.

Bentuk atau ukuran punggung yang berlebihan boleh menjadi salah satu penghalang seseorang dalam meraih keyakinan dirinya. Tambahan  pula ‘kemantapan’punggungnya itu sering menarik perhatian orang, terutama kaum lelaki. Malu, eh!!

Bagi anda yang memiliki punggung besar, jangan terburu-buru mahu melakukan cara yang tidak sihat seperti membuat pembedahan plastik , sedut lemak dan sebagainya.

Anda harus ingat, memiliki punggung besar adalah satu anugerah Tuhan yang wajar anda syukuri kerana tidak semua wanita  berpeluang untuk memilikinya.Jika keadaan itu tetap membuatkan anda berasa tidak selesa, anda jangan susah hati kerana ada beberapa tips dan cara yang anda boleh lakukan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Baik paha mahupun punggung yang besar atau lebar itu boleh dikecilkan dengan mudah, kerana punggung terdiri daripada jaringan lemak dan kulit.Bersenamlah secara teratur supaya lemak-lemak yang terdapat di punggung dapat dihapuskan dengan mudah.

1. Lakukan Senaman Kardio

Cara terbaik untuk mengecilkan punggung dengan cepat atau pantas dalah dengan bersenam. Apabila anda melakukan diet makanan berlemak namun disebabkan anda tidak bersenam, hasilnya tidak akan dapat dilihat dalam waktu yang singkat. Bahkan, mungkin juga tidak berhasil.

Tambahan pula dengan berdiet tanpa bersenam, berat ‘massa’ tubuh akan turun tetapi tubuh yang telah membesar kemudian kehilangan ‘massa’ beratnya akan jadi menggelebeh yang juga dapat dihilangkan secara semulajadi dengan bersenam.

Bersenam tidak semestinya harus melakukan aktiviti yang berat. Usah memaksa tubuh melakukan senaman yang di luar kemampuan tubuh kerana ia mungkin akan menyusahkan atau menyakitkan diri anda sendiri.

Untuk mengecilkan punggung dengan cepat, anda boleh melakukan senaman dengan cara yang sederhana dan tidak perlu terburu-buru untuk ke gym dan sebagainya. Lakukan senaman ringan di atas katil ataupun sofa pun boleh! Yang penting, anda selesa.

Caranya, posisikan tubuh pada posisi terlentang dan simpan tangan di sebelah badan. Pilih tempat yang paling selesa untuk melakukan senaman ini.  Kemudian angkat kaki kanan dan kiri secara bergantian dengan gerakan ke atas dan ke bawah. Lakukan gerakan ini sebanyak 15 kali.

Kemudian lakukan gerakan seperti mengayuh basikal. Ingat, dalam senaman jumlah yang banyak tidak bermakna apabila tidak dilakukan dengan baik. Oleh sebab itulah, lakukan gerakan mengayuh basikal dengan perlahan, tapi pastikan ia berjaya dibuat sebanyak 15 kali.

Kedua-dua gerakan senaman ini elok dilakukan pada setiap pagi setelah bangun tidur dan juga pada malam hari sebelum tidur. Jika mahu atau berasa tubuh sudah mampu untuk melakukannya lebih, jangan lupa untuk menambah jumlahnya ya!

2. Berjalan Kaki Atau Lompat Tali

Apabila ingin melakukan gerakan senaman lainnya, lebih baik pilih senaman yang memang  untuk paha dan punggung seperti berjalan kaki atau lompat tali.

Dengan berjalan kaki, secara tidak langsung anda telah menggerakan punggung anda. Bahkan senaman berjalan kaki juga biasanya tidak terlalu disedari, namun banyak kebaikannya. Dengan berjalan kaki sebanyak sepuluh ribu langkah setiap hari, maka kaki, paha dan punggung anda akan menjadi lebih kecil dan menarik.

3. Jaga Pola Pemakanan

Anda disarankan untuk makan secara teratur. Biar kerap, tetapi dalam jumlah makananyang sepatutnya.

Perbanyakkan makan buah dan sayuran segar agar tubuh mendapat jumlah vitamin dan mineral, juga membantu membakar lemak dalam tubuh. Hindari pengambilan lemak, karbohidrat serta gula .

Selain itu, anda juga harus perbanyakkan minum air putih. Biarpun nampak seperti tidak ada kaitannya dengan proses mengecilkan punggung atau paha, tetapi anda harus ingat ya. Untuk mengeluarkan lemak dan kolestrol jahat dari dalam tubuh diperlukan metabolisme tubuh yang lancar.

4. Bernafas Dan Cuba Kalahkan Nafsu!

Biasanya ketika sedang stres, seseorang itu cenderung mencari jalan pintas yang juga akan menambah kalori. Jadi, ini bermakna kita akan membuat pilihan makanan yang lebih baik ketika sedang bersantai!  Untuk mengatasinya, cuba lakukan latihan pernafasan seperti yoga. Ketika sedang rileks, kita tidak akan berasa lapar. Jika dilakukan secara teratur, anda pasti akan merasakan manfaatnya.


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.