Header Ads

Zaman Goyang Kaki Sudah Tamat, Ibu Perlu Ajar Anak Lelaki Buat 11 Kerja Rumah Ini




Isteri dalam pantang sanggup import mak yang sudah tua dari kampung untuk masak dan urus rumah.

Isteri kursus tiga hari, rumah tunggang langgang, tiga hari suami makan mi segera.

Ini bukan rekaan tapi cerita realiti bila anak lelaki sedari kecil tidak diajar untuk melakukan kerja rumah.

Segala-gala kerja rumah diselesaikan oleh anak perempuan dan padahnya nanti bukan saja kejadian di atas tapi juga isteri yang harus melakukan semua urusan rumah tangga.

Justeru wanita yang punya anak lelaki masih kecil pada masa ini berperanan untuk menghentikan keadaan ini. Ajak dan ajar anak lelaki kita melakukan kerja rumah sebagaimana anak perempuan.

Apa kerja atau aktiviti dalam rumah yang patut dilakukan oleh mereka? Perkongsian daripada Fauzan N Siti ini boleh dijadikan panduan untuk dimulakan pada anak-anak lelaki. Latih anak lelaki dengan tugas ini nescaya menantu perempuan anda nanti akan sangat menghargainya

Ini antara apa aktiviti dlm rumah yg anak-anak lelaki patut buat.

Belajar masak yg simple (masak nasik, goreng ayam, sayur)
Belajar buat air (pandai ratio gula dan air)
Belajar tak takut minyak nak menggoreng (tak de lah kena sambung batang penyapu pada sodet)
Belajar basuh pinggan (pandai bilas pinggan)
Belajar kemas meja makan (bukan lepas makan biar macam rumah ada maid 15 org)
Belajar menjahit yg simple (jahit koyak, butang)
Belajar cuci tandas (supaya bersih..penting ni…najis , tak sah solat )
Belajar lipat kain (biar tak susah kan org nak cari baju, ini tidak..tak jumpa je cari, jerit panggil Isteri)
Belajar guna mesin basuh (mudah memang mudah..bukan nya kena bawak air perigi)
Belajar jemur kain (ini jemur kain berkerepot2, tak kering)
Belajar cara guna blender (supaya at least pandai buat rencah sup isteri dlm pantang nanti)

Anak sulung perempuan, adik lelaki lepas tangan

Kalau anak sulung lelaki lebih mudah nak ajak dan ajar, tapi kalau anak sulung perempuan, banyak anak lelaki dpt lepas tgn sebab semua kakak buat.

Kalau anak perempuan mereka secara fitrahnya suka ikut mak buat, jadi mereka akan lebih mudah belajar.

Banyak yang jadi isu bila anak lelaki “malas”. Saya tidak suruh semua anak lelaki shj yg buat tetapi anak lelaki dan perempuan mereka mengambil tugas yg sama.

Jangan konsep perempuan dok dapur…lelaki baca surat khabar ( tak valid..semua hadap tv dan telefon ) kat depan. Lepas tu jadi lah kes begini;

” Isteri mati baru 3 minit, kena kawin lain sebab x boleh nak hidup, masak nasik pun jadi batu”

” Tak reti nak masak nasi, nanti kena kawin dgn perempuan pandai masak”

” Isteri dalam pantang, kena paksa mak tua ganyut di kampung jaga isteri dan anak2 lain sebab tak reti nak basuh berak anak”

” Isteri sakit, rumah jadi tongkang pecah , anak makan meggi hari2 ”

Anak sekolah, bukan alasan. Tiada masa,nanti besar,kerja…itulah alasannya nanti takde masa nak tolong isteri.

Ajar time management

Ajar anak mana yg penting dan mana yg samping. Kena faham sayang pada anak-anak ada dua jenis…satu sayang menjadikan dia manusia, satu lagi sayang yang akan menjadikan anda HAMBA.

Tapi antara2 semua ini perkara paling penting ajar anak lelaki solat Jemaah 5 waktu di masjid.

Sumber: vanillakismis


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.