Header Ads

Akibat Salah Faham Ketika Pesan Roti Canai Perut Polis Ini Terburai Dan Hampir Maut..




GOMBAK: Seorang polis berpangkat Konstabel nyaris maut apabila ditikam oleh seorang lelaki disebabkan salah faham ketika memesan roti canai di sebuah restoran di Menara A, Kondominium Selayang Point, Batu Caves dekat sini kira-kira jam 5.40 pagi tadi.

BH Online melaporkan, mangsa, yang juga seorang anggota Unit Tindakan Khas Bukit Aman yang berusia 26 tahun pergi ke restoran terbabit bersama tiga rakannya dan memesan roti canai dari seorang lelaki yang disangkakan pekerja restoran terbabit.

Namun, lelaki itu dikatakan tidak mengendahkan mangsa dan beredar dari premis tersebut.

Seorang lagi lelaki, yang dipercayai rakan kepada lelaki terbabit kemudian dikatakan menunjuk isyarat lucah kepada mangsa. Mangsa yang dikatakan tidak berpuas hati kemudian mengejar individu itu hingga ke lobi tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, satu pergaduhan antara mangsa dan lelaki berkenaan tercetus sebelum mangsa ditikam di perut menggunakan senjata tajam. Lelaki terbabit pula dikatakan cuma cedera ringan.

"Mangsa adalah bekas anggota Balai Polis Selayang dan kini bertugas di UTK Bukit Aman tetapi, tinggal di Kuaters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

"Susulan kejadian, kita menahan dua lelaki berusia 24 tahun dipercayai terbabit dalam kes itu dan mereka direman selama empat hari hingga Khamis ini bagi membantu siasatan," katanya.

Tambah beliau, mangsa telah dihantar ke Hospital Selayang oleh rakannya dan dia kini dilaporkan stabil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan. - BH Online



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.