Header Ads

Bayi Mati Kelaparan Selepas Ditinggal 9 Hari




KIEV - UKRAINE. Seorang bayi meninggal dunia selepas dia dan kakaknya berusia dua tahun ditinggalkan di rumah bersendirian tanpa makanan selama sembilan hari.

Daniil, 23 bulan, meninggal dunia enam hari selepas ibunya Vladislava  Podchapko, 20, meninggalkan kanak-kanak itu bersama kakaknya Anna, 2, untuk menghabiskan masa dengan kekasihnya.

Kakaknya, Anna, ditemui dalam keadaan hampir maut selepas dipaksa untuk menghabiskan masa tiga hari di sebelah mayat adiknya itu.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu dijangka akan terus hidup.

Difahamkan, kanak-kanak itu ditemui ibunya apabila wanita itu pulang ke rumah selepas seminggu dalam keadaan dia mengunci kanak-kanak itu di kediaman mereka.

Vladislava kemudian menyerah diri dan ditahan polis.

Dia berdepan hukuman penjara lapan tahun atas tuduhan mengabaikan kanak-kanak.

Ketika siasatan oleh pegawai, ibu muda itu berkata, dia tidak tahu yang tindakannya itu akan menyebabkan anaknya itu mati.

Menurut laporan, kanak-kanak itu cuba untuk keluar daripada kediaman berkenaan ekoran terdapat kesan tarikan pada pintu depan rumah berkenaan.

Sementara itu, memetik Metro.uk, jiran mangsa mendakwa mereka telah menghubungi polis sejak sembilan hari itu namun tidak mendapat sebarang tindakan.

Kanak-kanak berkenaan adalah hasil dari perkahwinan terdahulu wanita itu. - Sinar Harian



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.