Header Ads

Bayi Perempuan Tiga Bulan Jadi Lauk Tikus Gergasi - Mati Dimakan Hidup-hidup Selepas Dia Ditinggalkan Dirumah Bersendirian..



Mengerikan! Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan maut dimakan oleh seekor tikus gergasi di kawasan perumahan di East Rand, Johannesburg, Afrika Selatan.

Difahamkan, ketika kejadian itu ibu kepada bayi malang itu telah meninggalkannya keseorangan di rumah untuk pergi berpesta. 

Apabila pulang ke rumah, ibu berusia 26 tahun itu mendapati anaknya telah mati. Dia kini ditahan dan menghadapi pertuduhan mengabaikan kanak-kanak.

Menurut laporan, mayat kanak-kanak itu penuh dengan kesan gigitan dan kesan luka dari gigi tikus.

Insiden ini bukan kali pertama berlaku di kawasan yang sama. Sebelum ini, seorang warga emas berusia 77 tahun dan seorang bayi turut dimakan hidup-hidup.



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.