Petua Menghilangkan Batuk Dengan Air Halia Bersama Campuran Pudina. InsyaAllah Berkesan..


Salah satu cara untuk menghilangkan batuk adalah dengan menggunakan air halia bersama pudina

Halia dapat melonggarkan kahak dan mengeluarkan mukus dari dalam paru-paru. Ia juga dapat menghilangkan gatal-gatal di dalam tekak yang menyebabkan batuk jika anda mempunyai batuk kering. Pudina juga dapat memberi kelegaan kepada penghidap batuk kering.

Anda perlukan…

– 3 sudu besar halia yang telah dicincang halus
– 1 sudu besar daun pudina kering
– 4 cawan air
– 1 cawan madu

Aturannya

Campurkan halia yang telah dicincang dan daun pudina ke dalam 4 cawan air. Masak air tersebut di atas api kecil. Masak sehingga air tersebut tinggal separuh. Kemudian tapi air yang dimasak tadi. 

Sejukkan seketika. Apabila sudah sejuk, masukkan 1 cawan madu dan kacau sehingga larut dan sebati. Simpan di dalam botol. Minum 1 sudu besar setiap beberapa jam untuk melegakan batuk anda. Anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk selama 3 minggu. 

0 comment... add one now