Header Ads

Raja Salman Isytihar Batal Yuran Visa Haji, Umrah



RIYADH - ARAB SAUDI. Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman mengisytiharkan pembatalan yuran visa bagi Umrah dan Haji bermula tahun ini.

Ia susulan protes rakyat Mesir dan umat Islam di negara lain berkenaan yuran visa itu yang disifatkan mahal.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ahli Jawatankuasa Tinggi untuk Haji dan Umrah, Nasir Toruk, lapor Alborsa News.

Selain pembatalan caj baru yang dikenakan itu, Arab Saudi juga kan memberikan dua visa percuma untuk setiap syarikat berlesen yang bekerja dalam bidang Haji dan Umrah.

Sementara itu, pihak berkuasa Arab juga turut menggesa orang Mesir untuk menubuhkan satu badan yang mengawal syarikat-syarikat di sini khusus dalam sektor pelancongan agama.

Bekas Ketua Jawatankuasa Pelancongan Agama, Basel Al-Sisi mengatakan bahawa pembatalan caj ini akan memberikan kesan positif kepada sektor pelancongan agama.

“Ia merupakan langkah positif ke arah yang betul,” katanya kepada wartawan. - Sinar Harian



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.