Header Ads

Suami Berjaya Kerana Doa Dari Isteri



Memiliki seorang isteri yang solehah tentunya menjadi dambaan bagi setiap kaum lelaki. Sebab, seorang isteri yang solehah adalah sebaik-baik perhiasan di dunia ini. Kemuliaanya mampu mengalahkan tumpukan emas, intan dan permata.

Peranan seorang isteri dalam rumah tangga bukan hanya sekadar urusan dapur, mengemas dan menjaga pakaian. Sebuah pepatah mengatakan bahawa disebalik lelaki yang berjaha, ada seorang wanita hebat di belakangnya. Begitu juga halnya dalam kehidupan rumah tangga, seorang suami yang berjaya pasti memiliki isteri yang hebat. Ini kerana isteri merupakan penyokong paling penting bagi suami.

Dalam Islam, doa seorang isteri untuk suami adalah salah satu doa yang cepat dimakbulkan oleh Allah SWT.

Rasulullah SAW berkata, “Sesungguhnya, doa yang segera dikabulkan oleh Allah adalah doa seorang (isteri) kepada orang lain (suaminya) yang tidak berada ditempat yang sama (berjauhan).” (HR. Tirmidzi)

Secara zahir, seorang isteri mungkin hanya nampak sebagai seorang wanita yang menguruskan rumah tangag saja tapi disebaliknya, seorang isteri adalah wanita luar biasa yang tak boleh diganti oleh sesiapapun.

Bila suaminya lapar, dialah yang menyediakan makanan. Bila suaminya sunyi, dialah yang jadi peneman. Bila suaminya resah, dialah yang jadi penenang. Bila suaminya lemah, dialah yang jadi penyokong. Bila suaminya perlukan bantuan, dialah wanita yang sanggup berkorban segala-galanya untuk teman hidupnya. Bila suaminya berjaya, pastinya dia ada seorang isteri yang memberikan dia semangat yang sangat hebat.

Tak dapat disangkal bahawa doa seorang isteri yang inginkan kejayaan dan keselamatan suaminya akan menjadi pendorong untuk si suami untuk lebih berjaya lagi. Seorang isteri yang solehah bakal membantu kejayaan suaminya bukan saja di dunia tapi juga di akhirat nanti.

Doa isteri yang solehah merupakan kekuatan pendorong kejayaan suami. Doa dan amalan-amalan baik seorang isteri dapat membukan pintu rahmat dan rezeki dari Allah SWT untuk diri sendiri, suami dan keluarganya. Betapa berharganya seorang isteri di sisi suaminya.



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.