Tak Perlu Jahit, Ini Cara Termudah Tampal Lencana Sekolah Anak


Sebelum sekolah dibuka inilah masanya ramai ibu-ibu menjahit lencana di baju sekolah anak. Memang nampak senang tapi nak menjahitnya remeh. Sebab itu ramai yang rela hantar ke kedai jahit.

Tapi sekarang cajnya menjahit satu lencana adalah RM2.00 dan lagi RM2.00 untuk jahit tag nama. Jahit dua perkara itu untuk sehelai baju sudah RM4. Bayangkan ada enam helai baju. Dah tentu banyak modalnya.

Lepas ni tak perlu lagi hantar kedai jahit atau ambil masa lama untuk menjahit lencana. Ikut cara ni saja.

Bahan yang diperlukan: 

- Gam UHU
- Kain kecil/ sapu tangan yang dibasahkan
- Kertas tebal/cardboard/manila kad
- Seterika

Langkah-langkah:

1. Letakkan kertas keras dalam poket atau untuk baju kurung dan tudung letak kertas ini di bahagian dalam bawah lencana . Ia bagi mengelakkan gam melekat pada kain.

2. Atur lencana pada kedudukan yang dikehendaki.

3. Sapukan gam pada bahagian belakang lencana atau tag nama.

4. Lekatkan lencana pada kedudukan yang telah ditetapkan.

5. Ambik kain basah tadi dan letak di atas lencana. 

6. Seterika kain tadi pastikan ia mengenai lencana. Gosok beberapa kali. ketika ini seterika mungkin berasap tindak balas menggosok kain basah. Jangan bimbang tentang perkara itu.

7. Angkat kain dan alihkan kertas keras di bahagian dalam. Siap.

Menurut Puan Akmar Laily, lencana ditampal dengan cara ini kelihatan kemas dan rapi. Masa untuk menyiapkan satu lencana lebih kurang tiga minit berbanding menjahit lencana yang mungkin mengambil masa 15 hingga 20 untuk satu lencana.

Ia juga kekal lama, berdasarkan pengalamannya lencana akan melekat lebih daripada 10 bulan walaupun dibasih dengan mesin basuh. Sekiranya tertanggal ulangi kaedah yang sama untuk menampalnya kembali.

Selamat mencuba! -  Sehinggit Media

Sumber: Facebook Akmar Laily Omar

0 comment... add one now