Header Ads

Terkini: Pesawat Pakistan Bawa Lebih 40 Penumpang Terhempas



Foto hiasan.

Sebuah pesawat Pakistan yang membawa 37 penumpang telah dilaporkan
'hilang', kata jurucakap syarikat penerbangan.

Pesawat penumpang PK 116 milik Pakistan International Airlines (PIA) dalam perjalanan ke Islamabad dari utara bandar Chitral.

Media tempatan, ANI, melaporkan pesawat itu telah terhempas berdekatan Haveliyan di Abottabad.

Dalam perkembangan terbaru, portal BBC turut melaporkan media tempatan pesawat itu terhempas. Selain itu, polis tempatan turut mengesahkan pesawat itu telah terhempas.

Menurut media tempatan, selebriti negara itu yang dikenali sebagai Junaid Jamshed, turut menaiki pesawat itu bersama isteri.

Junaid Jamshed adalah seorang artis rakaman, personaliti televisyen, pereka fesyen, pelakon dan penyanyi dan juga penulis lagu.


Sumber: Siakap Keli



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.