Header Ads

‘True Love’ Zaman Moden, Kisah Lelaki Ini Bantu Isterinya Harungi Kanser Tahap 4 Buat Ramai Terharu!



Siapa yang familiar dengan blog pasti mengenali lelaki bernama Kamal Effendi, seorang guru muda yang aktif di laman sosial. Tahun lalu cerita tentang Kamal viral apabila lelaki ini mengahwini seorang pesakit kanser buah pinggang tahap empat yang berisiko berhadapan dengan maut pada bila-bila masa.

Wanita yang dinikahinya itu seorang doktor dan juga seorang pesakit dalam masa yang sama! Kisah cinta Kamal dengan isterinya boleh dianggap sebagai modern true love story yang menyentuh perasaan setiap insan yang membacanya.

Lihat sendiri bagaimana lelaki ini menunjukkan rasa sayang dan sokongan terhadap isterinya yang bertarung dengan sakit kronik hingga ke saat-saat akhir. Sebak!

Kisah Cinta Sejati Moden


Pemegang akaun twitter @Lailimarsitah memuatnaik status mengenai pasangan ini hingga mendapat lebih 4500 retweets. Ramai yang terkesan dengan cerita cinta sejati Kamal dan isterinya, Nik Idzni Dalila melalui foto-foto yang dimuatnaik oleh Kamal di akaun Instagramnya.
Pesakit dan Doktor Dalam Masa Yang Sama


Ketika ini Kamal menghadiri majlis graduasi isterinya, seorang graduan jurusan perubatan. Penyakit kanser yang dihidapi ternyata bukan halangan untuk meraih ijazah buat Idzni.
“We Can Do This Sayang!”





Ketika ini Kamal dan Idzni pergi ke London untuk berjumpa doktor pakar sebelum menyambung rawatan susulan di Malaysia. Ternyata Idzni bukanlah beban bagi Kamal, sebaliknya anugerah yang diberikan kepada lelaki itu apabila berpeluang untuk berbakti serta mengharungi waktu-waktu sukar isterinya bersama-sama.
Ingin Isteri Kembali Sihat



Pada hari lahirnya yang ke-26 semalam, Kamal menyatakan kesyukuran memiliki semua insan yang hadir dalam hidupnya, terutamanya isterinya. Impian hari lahirnya adalah untuk melihat isteri tercinta bahagia dan kembali sihat.
Hingga Ke Saat Akhir…


Awal pagi tadi, isteri tercinta lelaki ini telah menghembuskan nafasnya yang terakhir after giving her best in fighting the cancer. Setahun lalu mereka berkahwin pada tarikh yang sama lelaki ini kehilangan isterinya.

Walau terpisah jasad dan bercerai nyawa, kami pasti cinta sejati pasangan ini tidak akan pernah terpadam. Kami doakan Kamal dan keluarga tabah menghadapi kehilangan ini. Al-Fatihah.

Kredit: Oh Bulan!



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.