Header Ads

(Video) Dengan Hanya Memakai Tuala, Jamal Datang Ke Pejabat Menteri Besar Selangor Nak Tumpang Mandi



Nampaknya nama Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini menjadi sebutan kembali apabila Ketua UMNO Sungai Besar itu telah datang ke pejabat Menteri Besar Selangor dengan hanya memakai tuala, lapor Sinar Harian.

Beliau dikatakan berada di hadapan pintu masuk Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor pagi ini untuk tumpang mandi di pejabat menteri besar Selangor kerana rumahnya tiada air.

Dia juga telah membawa peralatan untuk kegunaan mandi lain seperti sabun dan berus gigi sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang gagal mengurus masalah air di negeri ini.

“Saya cuma datang untuk menumpang mandi, sudah empat hari saya tidak mandi kerana ketiadaan air di rumah.

“Lagipun, saya bukannya datang untuk membuat demo baju merah ataupun bawa senjata, jika tidak boleh di pejabat MB, di tingkat bawah pun jadilah,” katanya ketika ditemui di hadapan pagar pejabat SUK Selangor.

Jamal dikatakan telah tiba di perkarangan pejabat SUK kira-kira jam 9.40 berhasrat untuk mandi di pejabat Menteri Besar dan menunggu hampir 45 minit sebelum beredar dari kawasan SUK.

Beliau juga menyatakan amat kecewa dengan kerajaan Selangor kerana isu ketiadaan air ini bukanlah isu baru malah sudah berkali-kali terjadi dan masih tiada sebarang penambahbaikan yang dibuat oleh kerajaan negeri.

“Sepatutnya, kerajaan Selangor bertanggungjawab dan ambil pengajaran dengan apa yang berlaku kerana ia sangat menyusahkan rakyat.

“Mereka ini hanya tahu bercakap dan hanya menuding jari menyalahkan orang lain sahaja, cubalah belajar dari kesilapan dan mengakui salah mereka?” katanya lagi.

Beliau juga meminta agar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar tidak mempolitikkan isu ini.

“Apabila dimaklumkan mengenai isu ini, mulalah kerajaan negeri mainkan isu politik dan tuduh pihak lain yang bersalah.

“Berhentilah menjadi pemimpin hipokrit yang hanya pandai mainkan isu politik sahaja 24 jam, akhirnya rakyat juga yang jadi mangsa,” tambahnya lagi. - Siakap Keli




Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.