Video Penuh Yuna Dipeluk Dan Dicium Artis Barat Anderson Paak Jadi Bualan Netizen


Yuna tidak kami nafikan telah berjaya mengukir namanya didalam bidang nyanyian tahap antarabangsa. Namun, lumrah hidup sebagai artis terkenal, pasti setiap tindak tanduknya akan diperhatikan ramai.

Sebelum ini, Yuna pernah dihimpit kontroversi apabila foto dan video beliau berpelukan dengan penyanyi terkenal Usher tersebar di Internet. Yuna dikatakan berpelukan dengan Usher selepas hampir selesai membuat persembahan Live at The Roots Picnic 2016.

Terbaru, nama Yuna sekali lagi menjadi bualan hangat netizen apabila video beliau dipeluk dan hampir dicium penyanyi barat, Anderson Paak mula tersebar sejak beberapa hari lepas. Netizen yang menonton video berkenaan kecewa dengan tindakan Yuna yang seakan “merelakan”dirinya dipeluk oleh Anderson.


Kejadian itu berlaku ketika  Yuna menghadiri Soul Train Music Awards di Las Vegas baru-baru ini. Didalam video berkenaan, Yuna nampaknya sedang ditemubual dan tiba-tiba Anderson memeluknya.
Berikut video Yuna dipeluk :-

Daripada apa yang kami lihat, Yuna sebenarnya terkejut dan kaku apabila Anderson tiba-tiba sahaja memeluknya dan cuba untuk mencium Yuna. Apa pula pendapat anda? - beautifulnara

0 comment... add one now