Header Ads

10 Kebaikan Air Lemon Yang Ramai Tak Tahu




Tahukah anda buah lemon kaya dengan nutrien penting seperti vitamin C, vitamin B- kompleks, kalsium, zat besi, magnesium, kalium, dan serat. Buah lemon banyak khasiatnya.

Ramai yang tahu bahawa air lemon boleh dijadikan sebagai air detoks. Tetapi banyak lagi khasiatnya.

Berikut adalah khasiat air lemon.

1. Mengurangkan Keradangan

Air lemon mampu mengurangkan asid dalam badan anda. Ia membuang asid urik di dalam sendi anda, yang menjadi punca utama keradangan.

2. Baik Untuk Penghadaman

Bukan sahaja baik untuk penghadaman, malah baik juga untuk saluran pencernaan. Air lemon juga membantu melegakan rasa ketidakhadaman seperti pedih hulu hati, sendawa dan kembung.

3. Menurunkan Berat Badan

Lemon mengandungi serat pektin, yang membantu untuk melawan rasa lapar dan tidak akan makan banyak. Boleh kurus.

4. Membuang Toksin

Air lemon berupaya membuang toksin dalam badan dengan meningkatkan fungsi enzim dan merangsang hati anda.

5. Menjadikan Kulit Cantik

Antioksidan dalam lemon membantu mengurangkan bintik hitam dan juga kedutan. Ia juga boleh digunakan untuk parut dan kulit akan jadi cantik.

6. Menguatkan Sistem Imunisasi

Vitamin C baik untuk sistem imun kita. Tahap vitamin C dalam tubuh akan hilang jika berada dalam tekanan dan buat kita jatuh sakit. Jadi, tak perlu beli vitamin C di luar, hanya amalkan air bersama lemon sahaja.

7. Baik Untuk Jantung

Kandungan kalium yang tinggi dalam air lemon baik untuk kesihatan jantung, otak, serta fungsi saraf.

8. Menyegarkan Nafas

Tahukah anda bahawa lemon membantu melegakan sakit gigi? Ini kerana asid sitrik boleh menghakis enamel gigi. Jadi, tak ada lagi nafas berbau kerana bakteria.

9. Membantu Mereka Yang Ketagih Kafein

Ramai yang anggap kopi mampu membuatkan mereka segar dan bersemangat di waktu pagi. Tetapi, bagi mereka yang sudah ketagih, air lemon mampu membantu dan anda akan tetap rasa segar.

10. Membantu Melawan Jangkitan Virus

Air lemon panas berkesan untuk mengurangkan jangkitan virus dan sakit tekak. Jus lemon juga mampu meningkatkan sistem imun anda.


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.