9 Teknik Putihkan Gigi Dengan Mudah..Muka Putih & Cantik Tapi Gigi Kuning Tak Guna Juga..Jom BACA..


Anda stress dengan warna gigi yang kuning? so macam mana nak putihkan gigi ?

Nak mengurat gigi mesti bersih dan putih, nak jadi salesman ke salesgirl yang berjaya pun mesti gigi kena putih dan cantik kan? sebab setiap hari perkara dan pekerjaan yang kita lakukan mesti kena berinteraksi dengan orang di sekeliling, kalau gigi kuning, rosak atau mulut berbau nak ke orang layan kita?

Berikut adalah  9 teknik putihkan gigi dengan mudah. Tak rugi mencuba pun…

1. Untuk putihkan gigi korang, boleh amalkan minum air kosong selepas makan, ketika baru bangun tidur dan sebelum tidur. Air kosong boleh membersihkan kotoran–kotoran yang melekat pada gigi anda dan seterusnya membantu gigi anda untuk kekal putih.

2. Makan buah–buahan dan sayur–sayuran untuk putihkan gigi. Buah seperti epal akan membebaskan jus apabila di gigit yang akan memberi rawatan kepada gigi. Untuk jangka masa panjang, gigi korang sentiasa akan sihat dan putih.

3. Bagi gigi kuning dan korang nak sangat putihkan gigi,  boleh campurkan air perahan limau dan garam. Campuran kedua–dua bahan itu korang sapu kepada berus gigi dan gosok gigi. Selepas itu, bilas gigi dengan berkumur. Akhir sekali,  gosok gigi korang dengan ubat gigi yang ada unsur boleh memutihkan gigi anda. Lakukan amalan ini dua kali seminggu.

4. Gunakan gel pemutih gigi untuk putihkan gigi korang.

5. Tip putihkan gigi yang seterusnya adalah, elakkan memakan buah yang berwarna gelap seperti ‘blueberry’ dan ‘blackberry’. Jika anda makan buah yang berwarna gelap, anda perlu gosok gigi selepasnya.

6. Elakkan makan makanan yang manis seperti aiskrim dan kek terlalu berlebihan. Jika anda makan, korang kena bersihkan gigi selepas itu.

7. Sentiasa gosok gigi korang sebanyak dua kali sehari. Jangan lupa untuk pilih berus gigi yang terbaik.

8. Gunakan flos untuk bersihkan gigi korang daripada kotoran–kotoran makanan setiap kali selepas makan.

9. Jangan gunakan pembasuh mulut terlalu kerap kerana ia boleh melemahkan gigi anda. 

0 comment... add one now