Header Ads

Antara Sebab Kenapa Masih Rasa Lapar, Walaupun Dah Makan Banyak!



Pernah tak anda mengalami situasi macam ni? Masih rasa lapar walaupun dah makan banyak?

Kadang-kadang tu mulut masih rasa nak mengunyah makanan walaupun lepas ambil makanan berat.

Mesti ada sebab kenapa terjadinya situasi tersebut. Kajian mendapati ada beberapa sebab terjadinya rasa lapar tersebut.

Jom semak apa sebabnya, kalau tak dirawat boleh jadi GEMUK!

1. Kurang tidur

Bila kurang tidur, hormon akan terganggu dan buatkan nafsu makan membuak-buak. Kajian mendapati, mereka yang tidur kurang dari 6 jam akan makan lebih banyak pada esoknya.

2. Dehidrasi

Dehidrasi juga boleh buatkan anda rasa lapar. Kadang-kadang tubuh kita memberikan isyarat yang salah. Kita rasa lapar, tapi sebenarnya kita perlukan air kosong. Jadi, ambil air kosong setiap kali 20 minit sekali supaya nafsu makan anda terjaga!

3. Mungkin sebab emosi

Ada yang kalau stress dia akan makan banyak. Kalau sedih pun makan banyak. Jadi mungkin di sebabkan oleh emosi anda. Stabilkan emosi anda dahulu baru makan.

4. Hormon tak stabil

Dua jenis hormon yang berkaitan dengan rasa lapar dan nafsu makan adalah ghrelin dan leptin. Ghrelin boleh menimbulkan rasa lapar, leptin boleh mengurangkan rasa lapar. Jadi, amalkan pola hidup yang sihat agar hormon tubuh anda stabil.

5. Cuaca sejuk

Anda perasan tak, bila cuaca sejuk atau musim hujan, pasti kita rasa nak makan banyak. Rasa nak makan itu, makan ini. Jadi kawal nafsu anda ok.

6. Tak boleh tengok orang lain makan

Sebelum jumpa kawan-kawan, anda dah makan dan tak rasa lapar. Tapi bila berkumpul dengan kawan-kawan dan tengok deorang makan, mesti tiba-tiba terus rasa lapar. Apa yang penting, kena kawal nafsu.

7. Sebab bosan

Mesti ramai yang buat. Bila bosan saja makan, bila tiada apa nak buat saja, makan. Tapi, bila sibuk tak ada pula rasa lapar. Jadi semuanya berkaitan dengan pemikiran kita sendiri. Jadi, kalau tiba-tiba rasa nak cari makanan, cuba sibukkan diri okay!



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.