Header Ads

‘Bayar Hantaran Sampai RM20K, Tapi Reti Masak Maggi Je?’



Aku nak cerita kisah dalam hidup aku ni. Aku ni dah lama membujang kira dah nak masuk umur 40 lah senang cerita. Memang jadi adatlah orang akan tanya bila nak kahwin la apa la semua.

Jadi nak senang cerita aku suruh la mak aku sendiri yang carikan jodoh untuk aku. Boleh jugalah dia jaga makan pakai aku. Aku ni jenis orang yang sibuk so memang tak de masa sangtalah nak cari jodoh apa semua ini.

Lepas dalam sebualn dua macam tu, mak aku cakap dia dah jumpa dah jodoh yang sesuai untuk aku. Dia seorang yang baik nanti terjagalah makan pakai kau semua. Jadi aku pun setuju. Aku tanyalah mak aku berapa wang hantaran? Mak aku cakap dalam rm 20k. Aku pun iya kan lah sebab wang tidak menjadi masalah untuk aku. Bukan nak berlagak, dah kalau mak aku cakap dia serba serbi bagus plus cantik lagi so tak lah jadi maslah kat situ.

Nak tahu apa yang jadi masalah dia? Maslah datang lepas aku kahwin. Aku terkejut betul bila dia langsung tak reti masak! Ada satu hari tu, aku balik kerja penat-penat ingat ingat adalah makanan bawah tudung saji..korang nak tau apa yang ada bawah tudung tu? Ada botol kicap jek. Tak pe biar aku tanya sendri bini aku

“awak tak masak ke hari ni”

“tak, apa kata hari ni kita makan luar..saya teringin sangat makan kat kedai baru bukak tu”

Kalau sehari dua ok lah dia ajak makan luar, last2 aku tak puas hati aku tanya betul2 isteri aku ni dia sendiri mengaku yang dia tak pandai masak. Aku cakp la, habis sebelum kahwin mak saya cakap awak reti masak? Nak tahu dia cakap apa yang sampai hari ni aku tak boleh lupa..dia cakap dia reti masak maggi jek! Hampeh betul! Dia ada cakap kat aku lagi yang sebenarnya dia memang tidak minat nak memasak

Aku taki kira, aku hantar dia jugak kelas memamsak. Buat malu jek hantaran sampai beribu-ribu masak pun tal reti. Pernah ada tu dia suruh aku beli jek sarapan kat lua. Tolonglah kaum hawa, masak tu benda basic kot! - Sehinggit Media



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.