Header Ads

Bersihkan Buah Pinggang Secara Semulajadi Dengan Saderi Ramai Dah Cuba Memang Berkesan




Dalam kehidupan kita yang padat dan dipenuhi dengan tekanan ini, kita terdedah dengan banyak toksin. Kebanyakannya datang daripada pengamalan diet yang tidak sihat, ini termasuklah makanan ringan, peransang seperti minuman berkafein dan lain-lain. Dan organ badan manakah yang terpaksa menanggung semua bebanan tersebut? Jawapannya ialah BUAH PINGGANG!

Buah pinggang adalah salah satu bahagian dari sistem perkumuhan pada manusia. Ada sepasang buah pinggang pada manusia. Panjang buah pinggang manusia kira-kira 10 cm dengan berat lebih kurang 200 grm. Sebagai alat ekskresi, buah pinggang mengeluarkan sisa penapisan darah yang berbentuk urine.

Fungsi-fungsi buah pinggang yang sangatlah penting untuk manusia diantaranya; menapis darah, menjaga keseimbangan kadar asam serta basa, mengekskresikan zat-zat yang merugikan untuk tubuh, penghasil zat serta hormon, mengatur kadar gula dalam darah dan lain-lain. 

Selama bertahun-tahun buah pinggang kita menapis darah dengan membuang: garam, racun serta semua jenis zat yang tidak diperlukan tubuh kita. Bersamaan berjalannya waktu, berlaku pengumpulan garam dan racun yang memerlukan rawatan pembersihan. 

Satu organ yang berbentuk kacang ini berfungsi sepanjang masa, 24/7 untuk menapis semua toksin yang berbahaya kepada badan kita. Apabila terdapat banyak sangat toksin yang terkumpul di dalam badan kita, ia akan menyukarkannya untuk memproses dan menapis.

Pada masa itu, aktiviti akan semakin merosot dan boleh membawa kepada batu karang (kidney stone), jangkitan kuman, sista (cysts), barah dan akhirnya akan menyebabkan kegagalan buah pinggang.

Jika anda tidak mahu hidup anda bergantung kepada alat dialisis, apa kata anda menyahtoksik ataupun detox buah pinggang anda, agar ia boleh berfungsi dengan jauh lebih baik daripada sekarang.

Cara paling semulajadi untuk membersihkan buah pinggang anda tanpa mengeluarkan belanja yang mahal ialah dengan menggunakan saderi. Sayur-sayuran yang satu ini sudah dikenali sebagai ubat semulajadi terbaik untuk membersihkan buah pinggang anda daripada pelbagai racun yang mengendap selama bertahun-tahun! 

Tips Saderi Untuk Mencuci Buah Pinggang Secara Semulajadi

Begini caranya: 
  • Pertama ambillah seikat saderi.
  • Basuh sehingga bersih, lalu dipotong kecil-kecil dan masukkan ke dalam periuk.
  • Lalu tuang air bersih serta didihkan selama sepuluh minit dan biarkan sejuk.
  • Lalu saring dan tuang dalam botol yang bersih serta taruh didalam peti sejuk sehingga sejuk.
  • Minum satu gelas setiap hari.

Anda akan melihat semua pengumpulan garam serta racun lain yang keluar dari buah pinggang anda pada saat buang air kecil. Anda akan melihat perbezaan yang tidak pernah anda rasakan sebelumnya.

Buah pinggang adalah satu organ yang sangat penting untuk mengekalkan sistem keseluruhan badan berfungsi dengan baik. Tanpa buah pinggang, badan kita tidak boleh mengeluarkan bahan toksin yang berbahaya daripada badan – dan terpaksa bergantung kepada mesin dialisis.

Oleh itu, adalah terbaik sekiranya kita menjaga kedua-dua buah pinggang kita agar ianya tidak rosak. Dan percayalah, cara penjagaannya tidaklah terlalu ketat dan menyusahkan pun. Banyakkan minum air.

Harap artikel ini membantu anda dalam detox buah pinggang masing-masing. Kongsikan artikel ini kepada orang yang tersayang.



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.