Header Ads

Cara Cepat Kuruskan Badan Yang Berkesan Dengan Air Rebusan Epal




Mungkin ada yang belum tahu bagaimana air rebusan dari epal boleh menguruskan badan dengan cepat dan sangat berkesan jika diamalkan secara betul.

Khasiat buah epal bukan sahaja untuk kuruskan badan tetapi banyak lagi untuk penyakit-penyakit lain seperti darah tinggi dan sebagainya. Namun, epal perlu dicampurkan dengan ramuan tertentu untuk mengubati penyakit berkenaan.

Perkongsian cara cepat untuk kurus dan cara buang lemak ini dikongsikan oleh Puan Chacha's Crib. Menurut Puan Chacha dia telah mengamalkan minuman jus rebus epal dan hasilnya sangat membanggakan. Katanya dalam jangka masa 3 minggu, 1.2 kg telah berkurangan apabila dia menimbang berat badannya.



Air Rebusan Epal Cara untuk menyediakan air rebusan ini sangat mudah dan bahannya juga senang didapati di rumah.

Bahan - Bahan

Sebiji epal hijau atau epal merah
Satu batang kulit kayu manis
1.5 liter air

Caranya

Rebus kesemua bahan berkenaan dalam jangka masa satu jam atau lebih dan minum air rebusan pada bila-bila sahaja jika perlu terutama selepas mengambil makanan berat seperti nasi dan sebagainya.


Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.