Hasil Kajian Menunjukkan Murid Semakin Pintar Jika Cikgu Semakin Cantik?


Satu kajian terbaru yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik daripada Universiti Nevada, Amerika Syarikat menunjukkan, keputusan peperiksaan murid akan meningkat jika guru yang mengajar mempunyai rupa paras yang menawan.

Dalam kajian itu, seramai 131 pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan diberikan gambar guru yang menawan dan kumpulan lain mempunyai gambar guru berwajah kurang menarik. Mereka di ajar dengan hanya menggunakan audio.

Mereka kemudiannya mengambil ujian. Kumpulan pelajar yang menyangka guru mereka mempunyai rupa paras menawan mendapat keputusan lebih baik berbanding kumpulan sebaliknya.

Kata seorang saintis berkenaan, Profesor Murray Miller, ia berkait rapat dengan psikologi.

0 comment... add one now