Header Ads

Kahwin Bukan Sekadar Elak Maksiat - Tujuan Sebenar Perkahwinan Yang Perlu Anda Tahu



Kawen bukan sekadar nak elak maksiat, kawen bukan sebab kita dah lama kenal dia lalu kita kawen dengan dia. Kawen bukan sebab mak ayah paksa suruh kawen. Kita pun kawen. Kawen bukan sebab pakcik makcik sibuk asyik tanya bila nak kawen. kawen is not just about loving each other. Is not about nak elak maksiat.

Ketahuilah bahawa nikah itu bukan hanya sekadar 'Aku terima nikahnya' tetapi nikah itu adalah tentang 'janji' janji yang kamu akan menjaga isteri kamu dengan sebaik yang mungkin. Berjanji akan memberi makan pakai kepada isteri kamu. Memberikan nafkah kepada isteri kamu. Baik nafkah zahir mahupun nafkah batin yang kamu wajjb kena menunaikannya.

Nikah itu juga adalah tentang 'amanah'

Amanah yang kamu ambil daripada ayah si perempuan yang di saksikan oleh Allah Ta'ala. Perempuan itu adalah amanah daripada Allah SWT dan pasti. Kelak nanti kamu akan di persoalkan tentang kepimpinan kamu.

Nikah itu adalah tentang 'tanggungjawap'

Saat dia mula lalai kau menegurnya dengan penuh belaian kasih sayang. Saat dia mulai mengabaikan perintah Tuhan kau menasihatinya dengan penuh kecintaan. Saat dia ada berbuat kesilapan kau memperbetulkan salah dan silapnya.

Saat dia jatuh sakit kau rela berjaga malam bersengkang mata demi menjaga dan memastikannya dia segera sembuh daripada sakit. Saat dia kelaparan kau memberi makan kepadanya sekali pun ketika itu kau juga tersangat lapar.

****

Kalau kamu nyakin diri kamu seorang manusia yang boleh pegang amanah dengan sebaik mungkin. Jaga Amanah Allah itu dengan sebaik mungkin. Silakan kamu menikah.

Kalau kamu cukup nyakin diri kamu seorang yang bertanggungjawp. Boleh jalankan tanggungjawap sebagai suami/isteri yang baik sesuai tuntutan agama. Maka silakan kamu menikah. Tapi kalau diri sendiri terumbang ambing baik kamu lupakan sahaja.

Saya tidak mampu melistkan segalanya kerana saya belum bernikah lagi. Cubalah bertanya kepada orang yang sudah berkawen. Bertanya kepada Mak Ayah kerana mereka sudah melalui ujian demi ujian selama berkawen.

Silakan tag adik-beradik, kawan-kawan yang tidur jadi tak lena. Gila bayang sampai malam tidur jatuh dari katil sebab nak kawen sangat.

Kepada yang sudah berkira-kira hari menanti hari bahagia. Saya nak ucapkan selamat pengantin baru semua. Dan kepada yang single seperti saya selamat menikmati makan percuma. Makan kan bahagia juga.

Kredit: Muhammad Shafri


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.