Header Ads

KEJAM!! Kanak-kanak diperkosa sebelum dibunuh & ditanam dalam lumpur




PAPUA BARAT, INDONESIA - Warga bandar Sorong digemparkan dengan penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan bernama Kasia Mamangsa dalam lumpur, jam 2.30 petang Selasa. 

Mangsa yang berusia 4 tahun itu ditemui ditanam dalam lumpur dengan keadaan tangan diikat, dipercayai diperkosa sebelum dibunuh, berdasarkan penemuan darah di sekitar kemaluan mangsa.

Mayat mangsa kemudian dari sungai berlumpur itu sebelum dihantar ke Hospital Kota Sorong untuk bedah siasat. 

Terdahulu, ibu mangsa, Yuli, juga berusaha mencari anak kecilnya itu, namun gagal menemui mangsa. Namun, kakak mangsa, Grece dikatakan sempat melihat mangsa dibawa oleh seorang suspek ke lumpur berkenaan, menjadi petunjuk utama dalam siasatan tersebut.


Mayat mangsa ditemui dalam lumpur | Foto -RRI


Mayat mangsa berjaya dikeluarkan dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat | Foto - RRI

Sementara itu, pihak polis telah berjaya menahan tiga remaja lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan itu. Kesemua suspek yang ditahan adalah merupakan jiran mangsa. 


Suspek kes rogol & bunuh | Foto - RRI

Menurut saksi, ketiga-tiga suspek sebelum itu baru selesai berpesta dan dilihat membawa seorang kanak-kanak kecil di sekitar bandar, tidak beberapa jauh dari rumah mangsa sebelum gerakan mencari dilakukan. 

Polis terpaksa mengenakan kawalan ketat bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini dari ahli keluarga mangsa.

Sumber: The Reporter



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.