Header Ads

Kenali Personaliti Berdasarkan Jenis Darah Anda..



Terdapat kajian yang telah dilakukan di negara Jepun yang menunjukkan bahawa jenis darah seseorang individu dapat menentukan personalitinya.

Hasil dari kajian tersebut mendapati terdapat beberapa perbezaan sikap mengikut jenis darah yang berbeza.

Kenali Personaliti Berdasarkan Jenis Darah

1) Darah Jenis O
  • Bijak bersosial dan popular
  • Yakin pada diri sendiri.
  • Seorang yang sangat kreatif.
  • Sentiasa menjadi perhatian orang lain.
  • Mempunyai daya penarik.
  • Bersifat degil bila ingin mencapai matlamat.
  • Seorang pemimpin yang baik.
  • Dalam bab percintaan – sesuai dengan pasangan dari jenis darah O dan AB.
  • Kerjaya yang sesuai ialah pegawai bank, ahli politik, menteri, broker pelaburan dan atlet.

 2) Darah Jenis A
  • Biarpun kelihatan tenang secara luaran tetapi hati sentiasa dipenuhi dengan rasa resah dan bimbang.
  • Sukakan kesempurnaan,
  • Pemalu
  • Mudah terasa (sensitif)
  • Seorang yang pendiam dan bertimbang rasa
  • Seorang pendengar yang baik
  • Suka berfesyen mengikut trend terkini
  • Tetapi tidak menggemari pakaian yang menonjol dan menjolok mata.
  • Sukakan situasi yang romantik.
  • Kerap menjauhi realiti untuk berada dalam dunia fantasi.
  • Percintaan – sepadan dengan pasangan dari jenis darah A dan AB.
  • Kerjaya yang sesuai, akauntan, pustakawan, ekonomi, penulis, pengaturcara komputer, dan penulis ruangan gosip.

 3) Darah Jenis B
  • Seorang yang bercita-cita tinggi
  • Menawan
  • Memahami dan suka memberikan sokongan.
  • Tidak cerewet
  • Sering bertindak secara impulsif di dalam menentukan jalan kehidupan.
  • Kuat semangat
  • Bersikap optimistik.
  • Pasangan yang sesuai dari jenis darah B dan AB.
  • Kerjaya yang sesuai, tukang masak, pendandan rambut, pemimpin tentera, hos rancangan dan wartawan. 

4) Darah Jenis AB
  • Memiliki gabungan ciri-ciri personaliti darah A dan B
  • Pemalu
  • Kurang berkeyakinan
  • Boleh dipercayai
  • Suka menghulurkan bantuan
  • Sentiasa serius
  • Seorang yang sangat penyabar
  • Memiliki fokus yang tinggi
  • Percintaan yang sesuai dengan pasangan dari semua jenis darah.
  • Kerjaya yang sepadan, peguam, guru, wakil jualan, dan pekerja sosial.

Sama tak personaliti anda mengikut jenis darah?

p/s: Ini hanya kajian, jangan ambil serius sangat!! 


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.