Kos Perkahwinan Rain & Kim Tae Hee Bernilai RM5,000 Sahaja..


Bintang popular Korea Selatan, Rain dan Kim Tae Hee boleh dikatakan antara selebriti paling kaya. Jadi anda pasti terkejut dengan jumlah kos perkahwinan mereka.

Baru-baru ini rancangan SBS ‘A Night of Real’, mendedahkan jumlah sebenar majlis perkahwinan pasangan merpati dua sejoli itu.

Kalau ikutkan mereka boleh je buat majlis perkahwinan gilang gemilang seperti pasangan Kanye West dan Kim Kardashian yang menelan belanja sebanyak RM53 juta.

Namun pasangan ini mahukan majlis yang sederhana dan tidak mengikut tren barat.

Memang mengejutkan, kos majlis perkahwinan pasangan ini hanya bernilai 1.3 juta won (RM5,000).

Menurut sumber, sejurus selepas perkahwinan, pasangan tersebut terbang ke Bali pada 23 Januari lalu untuk berbulan madu di sana.

Apa yang pasti, ramai di antara peminat tertanya-tanya berapa kos sebenar cincin perkahwinan mereka.

Sumber: Hanasuva

0 comment... add one now