Header Ads

‘Mesin ATM dah tak selamat, bagi kami duit palsu’




AIR KEROH, MELAKA – Cubaan seorang lelaki memasukkan RM100 ke dalam mesin deposit sebuah bank tidak berjaya apabila wang kertas tersebut disahkan palsu.

Mohd Azwim Kamarulzaman, berkata, wang kertas itu dikeluarkannya dari mesin ATM, namun apabila cuba dimasukkan dalam mesin deposit, gagal berbuat demikian.


“Hati-hati ye, mesin ATM pun tak selamat, keluarkan wang palsu. Pihak bank pun tak nak bertanggungjawab,” katanya.

Ekoran itu, Mohd Azwim membuat laporan polis di Balai Polis Air Keroh dan beliau dimaklumkan sudah banyak kes yang sama berlaku.

Mohd Azwim juga dimaklumkan oleh pihak bank bahawa, wang tersebut bukan dimasukkan oleh pihak bank, sebaliknya diuruskan oleh pihak yang bertanggungjawab memasukkan wang itu ke dalam mesin.

Dalam kes berasingan, Norihas, juga mendedahkan dia dan suami pernah mengalami kejadian yang sama. Seperti yang dialami oleh Mohd Azwim, pihak bank juga enggan bertanggungjawab terhadap masalah yang dialami Norihas.

“Bayangkan jika semua wang yang saya keluarkan semuanya palsu? Kita sebagai client mereka, mereka lepas tangan begitu sahaja. Bagaimana jika itu saja duit yang kita ada untuk berbelanja, bukankah ini sudah menganiaya pelanggan?” luahnya.

Norihas juga mengatakan beliau tidak teragak-agak untuk menutup akaunnya di bank tersebut sekiranya pihak bank masih enggan bertanggungjawab.

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati apabila menerima wang kertas RM100 yang berkemungkinan palsu.



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.