Header Ads

Saksi Ceritakan Kisah Sebenar Di Sebalik Insiden Pemandu Lori Dibelasah Lima Lelaki Semalam




AMPANG - Susulan kejadian seorang pemandu lori dibelasah lima lelaki dipercayai pengawal peribadi kepada individu bergelar datuk 14 Januari lalu di Bukit Antarabangsa, polis kini sedang giat mengenal pasti kesemua suspek. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Mohd Zaid Hassan berkata kepada Harian Metro, pihaknya dimaklumkan mengenai pergaduhan tersebut yang berpunca dari insiden perlanggaran membabitkan dua kenderaan. 

"Walaupun kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan masalah itu sesama mereka, tetapi pihak polis akan membuka kertas siasatan berdasarkan laporan yang dibuat oleh pengawal keselamatan pangsapuri tersebut. 

"Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya yang juga memaklumkan pihaknya belum membuat sebarang tangkapan berhubung kejadian itu. 

Polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan kejadian bagi mengenal pasti suspek yang terlibat. 

Berdasarkan keterangan dari pengawal keselamatan warga Nepal, Adhikari Dilli Ram, 28, berkata, mangsa, Nasrul Faiz Zulfahmi, 25, yang memandu lori berwarna merah datang menghantar roti dan air jus di mini market kondominium tersebut. 

20 minit kemudian, sebuah kereta Mercedes Benz yang dinaiki oleh tiga lelaki Melayu dan seorang lelaki India meletakkan kenderaannya di bahagian drop off, di belakang lori tersebut untuk menghadiri majlis. 

Pemandu lori yang telah selesai menghantar barang ingin beredar dan secara tiba-tiba semasa berundur, dia telah terlanggar bahagian hadapan kereta Mercedez tersebut sehingga mencetuskan pertengkaran dan pergelutan di antara kedua-dua pihak. Kejadian itu juga menyebabkan 4 lagi lekaki yang tidak dikenali masuk campur membelasah pemandu lori berkenaan. 

Hasil siasatan awal mendapati, Nasrul menyatakan berlaku sedikit salah faham di antara dia dengan pemandu Mercedez berkenaan sehingga mencetuskan pergaduhan yang menyebabkan kedua-dua mereka mengalami kecederaan. 

Namun selepas kejadian itu reda, kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan baik dan segala kos kerugian yang dialami oleh pemilik Mercedez itu akan ditanggung oleh majikan Nasrul. Kos rawatan Nasrul juga akan ditanggung oleh majikannya, manakala kos rawatan pemandu itu akan ditanggung sendiri. 

Difahamkan juga, kedua-dua pihak tidak membuat laporan polis kerana menganggap kejadian itu telah diselesaikan dan mendapat persetujuan dari kedua-dua belah pihak.

Sumber: The Reporter



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.