Header Ads

Sedihnya Seorang Isteri Dapat Suami Perokok..Luahan Seorang Isteri Kepada Suami Seorang Perokok



1. Bila kita tengok orang-orang yang ketagihan kepada bahan-bahan terlarang ni memang membuatkan kita pandang dia tu semacam sikitlah.

2. Apatah lagi bila ada orang yang rapat dengan aku yang juga mengalami ketagihan ni tapi sekarang aku pun tak pasti mana dia pergi.

3. Bila tengok dia cakap merapu, tah mana fikiran dia melayang jauh, duk tergelak sorang diri, anak bini pun dia tak hirau dan ditinggalkan dah bertahun, perspektif kita pasal ketagihan ni akan jadi negatif je memanjang.

4. Samalah seperti betapa slacknya pandangan seorang isteri yang dapat suami perokok tapi dia tak tau nak bagitau dekat suami sendiri yang mulut suami berbau kayu kering yang lembap setiap masa.

5. Sebagai seorang yang pernah mengalami ketagihan rokok selama hampir 16 tahun, aku cakap dengan kau, nak berhenti tu tak senang.

6. Tapi boleh buat aje. Nak atau tak nak aje. Kalau betul nak memang jadi. Kalau main-main nak tu yang takkan jadi.

7. Cuma, sebelum kita kritik orang yang ketagih tu, kita lakukan benda ni dulu.
8. Ambil fon anda, pastikan wifi atau mobile data berjalan supaya data notifications masuk. Letakkan fon anda depan anda.

9. Teruskan hidup macam biasa, cuma kali ini, pastikan jangan sentuh telefon anda tu. Sentuh, tinjau, tengok, usik, semua tak boleh.

10. Apa yang anda akan rasa dalam 10 minit lagi adalah pengalaman sama yang dialami oleh individu-individu yang mengalami masalah ketagihan. Itulah dia ketagih.

11. Sekarang cuba bayangkan ada orang maki anda lemah dan tak cukup kental hanya sebab anda ketagih bahan terlarang.

12. Letakkan fon anda sekarang.




Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.