Header Ads

Seorang Suspek Pukul Pemandu Lori Di Bukit Antarabangsa Berjaya Ditahan, Yang Lain Masih Diburu..




Pihak Polis Di Raja Malaysia dilaporkan telah menahan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kes memukul seorang pemandu lori di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Sabtu lalu, lapor Berita Harian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya kini masih memburu beberapa orang lelaki lain yang terlibat dalam kejadian ini.

"Kita telah mengenal pasti semua individu yang terbabit.

"Walaupun mereka yang terbabit mendakwa sudah menyelesaikan kes itu sesama mereka, kita tak terima...kita ada undang-undang dan kita tidak akan biarkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Pelancaran Op Selamat 10/2017 di Persada PLUS, di sini, hari ini.


Sumber: Siakapkeli



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.