Undang-Undang Dilarang Ganggu Pekerja Selepas Waktu Pejabat Dikuatkuasa Di Perancis


PARIS - PERANCIS. Pekerja di Perancis kini boleh menarik nafas lega selepas undang-undang baharu yang melarang syarikat mengganggu pekerja selepas waktu pejabat dikuatkuasakan, hari ini.

Menurut laporan BBC, undang-undang yang diperkenalkan pada Mei lepas memerintahkan syarikat yang mempunyai lebih 50 pekerja tidak menggangu pekerja dengan panggilan atau e-mel selepas waktu pejabat atau waktu cuti.

Ketika undang-undang tersebut baru diperkenalkan, beberapa pihak mendakwa pekerja diwajibkan untuk menjawab e-mel syarikat diluar waktu pejabat.

Pekerja juga didakwa tidak dibayar dengan sewajarnya untuk kerja lebih masa yang menyebabkan tekanan, kepenatan, masalah tidur dan masalah hubungan di luar pejabat.

Undang-undang tersebut juga merupakan satu-satunya undang-undang baharu yang mendapat sambutan hangat tanpa protes ketika mula diperkenalkan. - Sehinggit Media

Sumber: Sinar Harian

0 comment... add one now