Header Ads

(Video) "Saya Cakap: 'Ni Lori Saya'. Lepastu Dia Angkat Tangan Terus Pukul" - Mangsa Pukul Menceritakan Secara Terperinci Kejadian



Kuala Lumpur, 22 Jan - Pemandu lori yang menjadi mangsa pukul beberapa lori hari ini tampil menjelaskan secara terperinci apa yang terjadi ke atasnya baru-baru ini.

"Dia tanya, 'ni lori siapa?' Lepas tu saya cakap, 'ni lori saya'. Lepas tu dia angkat tangan dia terus pukul", kata lelaki berkenaan ketika ditemuramah secara langsung oleh Harian Metro.

Ketika ditanya adakah dia sedar dia telah dibelasah oleh beberapa orang individu, mangsa berkata dia kurang jelas dengan kejadian.

"Saya rasa dalam sorang pukul saya, dua orang tendang saya. Tu je saya ingat", katanya.

Ditanya sama ada dia ada menerima sebarang ugutan, mangsa berkata tiada.

"Tiada. Bos beritahu saya yang diorang ni kumpulan gangster besar..", kata mangsa sebelum diikuti dengan sorakan 'gangster besar' dari orang ramai.

Ikuti video temuramahnya di sini.


Sumber: Siakap Keli



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.