Header Ads

9 Sebab Kenapa Ramai Wanita Sekarang Kahwin Lambat! Anda Mesti Baca..




Mesti ramai wanita di luar sana kebanyakannya masih bujang dan kalau dah ada pasangan, belum pasang niat nak kahwin.

Bila Hari Raya je, soalan paling deorang menyampah sekali, “Bila nak kahwin?”.

Rasanya tak perlu la nak tanya banyak kali sebab apa mereka ni tak kahwin-kahwin lagi. Mungkin, mereka tergolong dalam salah satu sebab dibawah ini.

1. Pernah putus cinta tahap menonggeng

Tipula kalau tak kecewa bila putus cinta. Tapi, putus cinta bukanlah sebab utama mereka tak nak bercinta lagi. Tapi, lebih baik hidup single daripada dikecewakan lagi.

2. Nak hidup bebas & tidak suka dikongkong

Jangan ingat lelaki je tak suka dikongkong, wanita pun sama. Lagi-lagi kalau yang jenis ramai kawan. Bila dah kahwin, tak boleh dah nak lepak selalu. Sibuk kena jaga suami dan anak-anak pulak.

3. Terlalu sibuk dengan kerja

Kebanyakan wanita sekarang gila kerja dan seronok cari duit hingga lupa tentang perkahwinan. Bagi mereka, hidup zaman moden bukanlah sesuatu yang pelik jika kahwin lambat.

4. Terlalu memilih pasangan

Wanita sekarang kalau boleh nak rupa lelaki ala-ala Kpop dan pretty boy. Kalau yang rupa suam-suam kuku tu memang tak pandang. Tapi, biarlah berpada-pada dan ukur baju dibadan sendiri. Rupa paras bukanlah jaminan rumah tangga bahagia.

5. Jodoh belum sampai

Ini antara alasan cliche yang korang selalu dengar bila ditanya soal jodoh. Memang betul, jodoh, ajal dan maut ditangan Tuhan. Tapi kalau tak berusaha tak guna juga.

6. Takut dapat suami teruk

Sekarang banyak kes suami panas baran, kaki pukul, kaki perempuan. Buat lagi takut mereka yang single ni nak kahwin. Lagi parah, ada juga kes dimana si isteri kena sara suami kerana malas bekerja.

7. Pilihan hati dibantah keluarga

Ini pun satu sebab kenapa ramai wanita masih single. Bila dah jumpa lelaki idaman, keluarga pulak tak berkenan. Last-last, dah malas nak cari.

8. Memang tak ada orang nak

Jangan terkejut, tapi ini memang betul-betul terjadi. Ramai wanita yang nak sangat berkahwin, tapi belum ada calon lagi. Jangan la fikir negatif, mana la tahu orang yang sukakan anda tu jenis malu-malu. Kena la usaha sikit.

9. Tiada nafsu dengan lelaki?

Ini memang masalah besar. Tak tahu nak cakap apa kalau ada yang jenis macam ni. Lebih baik jumpa doktor kalau dah sampai tahap macam ni.



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.