Header Ads

'Anak Saya Dibuli, Dirogol Bergilir-gilir Sehingga Menderita & Akhirnya Membunuh Diri'




MELBOURNE, AUSTRALIA - Seorang ibu berkongsi kisah bagaimana anak perempuannya yang berusia 13 telah dibuli, kemudian dirogol oleh dua remaja lelaki yang lebih darinya sebelum mangsa mengambil tindakan membunuh diri dua tahun selepas kejadian itu. 

Mangsa, Cassidy Trevan terpaksa meninggalkan persekolahannya selepas dia menjadi mangsa buli sekumpulan remaja perempuan. Ibunya, Linda, berkata, sekumpulan remaja terbabit telah menampar muka anaknya dan kerap menjadikan Cassidy sebagai mangsa buli di media sosial. 

Dua minggu selepas kejadian itu, Cassidy kemudian kembali ke sekolah di mana dia telah bertemu sekumpulan remaja terbabit yang meminta maaf di atas perbuatan mereka sebelum itu. Malah mereka mahu Cassidy menjadi rakan mereka dan menjemputnya ke sebuah festival. Tetapi sebenarnya Cassidy telah dibawa ke sebuah rumah berdekatan di mana mangsa telah dirogol secara bergilir-gilir oleh dua remaja lelaki.


"Cass tidak mengenali dua lelaki berkenaan. Dia dirogol secara bergilir-gilir sementara salah seorang mereka berjaga di pintu depan. Cass terlalu takut untuk memberi kenyataan kepada pihak berkuasa kerana bimbang keselamatan dirinya dari kumpulan terbabit," kata ibunya. 

Dalam luahan yang ditulis oleh ibunya di Facebook menyatakan, dia menghabiskan masa selama dua tahun untuk menjaga dan memastikan Cassidy terus hidup. 

"Saya terpaksa melihat anak saya menderita selama dua tahun akibat perbuatan mereka. Dia bimbang mereka akan mencari dan mendapatkannya lagi. Dia banyak mengalami mimpi buruk, insomnia, panik, masalah mental dan beberapa lagi masalah yang lain," katanya. 

Selepas kejadian itu, Cassidy berpindah ke sekolah lain agar kejadian buli seperti itu tidak berulang lagi. Namun dia masih menjadi mangsa buli di media sosial. 

"Saya terpaksa mendapatkan perintah campur tangan selepas anak saya diserang oleh pembuli berkenaan. Malah selepas kejadian rogol itu, dia telah menghubungi saya untuk bercakap dengan Cass." katanya lagi. 

Dalam tempoh dua tahun itu, Cassidy dan ibunya telah bertemu dengan pegawai detektif. Namun Cassidy tidak pernah membuat kenyataan rasmi berhubung kejadian itu kerana takut akan akibat dan beranggapan pihak berkuasa tidak akan mampu menggenakan sebarang dakwaan. 

Selepas menanggung derita itu selama dua tahun, Cassidy mengambil keputusan untuk membunuh diri pada 12 Disember 2015. 


"Saya tidak berdaya melihat anak kesayangan saya pergi di depan mata saya sendiri, didera secara mental dan fizikal sehingga dia jarang bangkit dari katilnya, sehingga dia tidak mampu menanggung penderitaan dan azab yang si pelaku telah lakukan padanya. 

"Apa yang anda (pembuli) lakukan pada dia adalah penyebab dia membunuh diri pada 12 Disember 2015. Saya tahu siapa awak, awak tahu siapa diri awak dan polis juga tahu siapa awak. Saya berharap perkara ini akan menghantui diri awak sepanjang hayat dan satu hari nanti jika awak mempunyai zuriat, ingatlah apa yang awak telah lakukan kepada satu-satunya anak saya. Dan bayangkan apa yang awak rasa bila ada seseorang yang memperlakukan anak awak seperti itu. 


"Saya bukan kejam atau pendendam tetapi saya harap awak takkan maafkan diri awak dan tidak akan lupa nama Cassidy Trevan. Kejadian buli ini telah membunuh anak saya. Gejala buli ini mesti ditangani secara serius," kata ibunya.

Sumber: The Reporter



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.