Header Ads

Bila Kali Terakhir Korang Bersihkan Pusat? Ini 7 Perkara Tentang Pusat Wajib Kita Tahu




Kebersihan diri adalah satu perkara penting yang perlu di titikberatkan oleh semua orang, tak kira lelaki mahupun perempuan. Tetapi jarang kita dengar tentang kebersihan pusat.

Pusat pada semua orang adalah berbeza-beza. Ada yang ke dalam, dan ada yang terkeluar. Pusat juga adalah bahagian yang paling tidak di endahkan oleh semua orang, sedangkan disitu lah terdapat banyak jangkitan kuman.

Fakta #1

Terdapat lebih daripada 65 mikro organisma (bakteria) yang hidup di dalam pusat. Tambahan lagi, pusat menjadi tempat di mana lebihan sabun, habuk, penuh dan sel mati tinggal.

Fakta #2

Pusat menjadi tempat favorite bagi jangkitan yis. 

Fakta #3

Jika terkena simptom seperti kegatalan, bau kurang menyenangkan dan kulit menjadi kemerahan, itu petanda sesorang terkena jangkitan yis.

Fakta #4

Cara mudah membersihkan pusat ialah menggunakan putik kapas (cotton bud) dan sedikit alkohol. Terlalu banyak alkohol juga menyebabkan kulit kering.

Fakta #5

Pusat merupakan antara tempat yang sensitif kepada sentuhan.

Fakta #6

Disebabkan pusat boleh menjadi tempat terkumpulnya lebihan sabun, peluh, habuk, dan sel mati, jadi tabiat membersihkan pusat amatlah perlu dititikberatkan.

Fakta #7

Tindik pusat boleh menyebabkan jangkitan kuman lebih mudah.

Jadi, marilah kita bersama-sama bersihkan pusat!

Sumber: ERA fm



loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.