Header Ads

Cara Ramai Tak Tahu Untuk Apply Rumah SPNB Mesra Yang Betul Murah Untuk Yang Tak Mampu



Rupanya ramai lagi tak tahu pasal program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia nih yea. Asalnya program ini diwujudkan untuk membantu nelayan di Terengganu untuk mendirikan rumah. Namun program ini diperluaskan ke serata negara bagi membantu rakyat Malaysia yang tak berkemampuan untuk mendirikan rumah melalui pinjaman bank. 

Design rumah yang ditawarkan pun menarik. Lepas tu pulak harga pun dibawah RM110000. Kiranya ramailah berkemampuan untuk memiliki rumah.




Siapa yang layak untuk apply ?
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 hingga 65 tahun*.
  • Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan.
  • Pemohon/Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna.
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps.
  • Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.
Macam mana nak apply ?

Senang jea pun. Sekarang kan dunia IT. Semua perkara dibuat secara online. Untuk yang berminat nak apply bolehlah apply secara online di Sistem RMR1M Online 

So ape tunggu lagi ? Applylah sekarang untuk membolehkan anda tak perlu lagi menyewa tetapi menetapi di kediaman sendiri.


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.