Header Ads

Che Ta Akui Pernah Hidup Susah Dengan Gaji RM4,000 Sebulan. Terlalu Kecil Untuknya..



Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta akui pernah menjalani kehidupan susah dimana pernah dibayar gaji RM4,000 bekerja di sebuah syarikat swasta.

Bagaimanapun menurutnya, pekerjaan itu hanya sementara kerana merasakan gajinya itu tidak cukup dan mengambil keputusan untuk berlakon.

“Selepas bercerai sebelum ini saya pernah bekerja dengan sebuah syarikat swasta. Ketika itu saya merasakan gaji RM4,000 terlalu kecil.

“Saya kemudian mendapat tawaran membuat iklan, makin lama rezeki saya dalam dunia modelling semakin murah dan saya dapati ia lebih lumayan daripada kerja makan gaji saya.

“Jadi saya berhenti sahaja kerja dengan syarikat itu. Selepas sahaja berhenti saya pun mendapat tawaran berlakon.

“Rupanya berlakon lebih berbaloi kerana kita tidak perlu kerja setiap hari tetapi saya terima bayaran lebih daripada apa yang tempat kerja saya bagi.

“Lagipun saya bekerja untuk menyara anak. Saya mencari rezeki untuk mereka, jadi saya mahu mereka selesa,” luah Che Ta dalam The House 3, lapor AstroGempak.

Sumber: Suara TV




Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.